Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata peluasan hubungan perdagangan ASEAN dengan negara lain seperti China, India, Korea Selatan dan Jepun akan mengukuhkan lagi selain membantu mengeksport serta mendorong komoditi itu memasuki negara-negara berkenaan.
"Dengan perkongsian ini, kita mempunyai kelebihan untuk memberitahu mereka tentang kebaikan minyak sawit, yang kita harap dapat mengukuhkan eksport minyak sawit ke negara tersebut dan juga mengeratkan hubungan," katanya.
"Sudah tentu, kita mungkin akan membeli beberapa produk daripada mereka," katanya sebagai tetamu semasa program The Nation terbitan Bernama TV mengenai "Peranan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Dalam Diplomasi Kelapa Sawit" di sini hari ini.
Ahmad Parveez berkata ia juga penting, dengan ASEAN sebagai pengeluar minyak sawit terbesar, untuk bekerjasama serta memenuhi semua keperluan global termasuk permintaan yang dicipta oleh pasaran minyak sawit global.
Dalam tumpuan Malaysia dan Indonesia ke arah pasaran yang hampir serupa, adalah kritikal bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini untuk memacu agenda kemampanan melalui Piawaian Minyak Sawit Lestari Malaysia MS2530:2022 (MSPO 2.0).
"Mulai 1 Jan 2025, kita akan mempunyai MSPO 2.0, yang lebih ketat dan memenuhi semua keperluan antarabangsa.
"Jadi di sinilah kita sebagai sebuah negara boleh menggambarkan diri kita dan menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada hanya mengeluarkan komoditi," katanya.
-- BERNAMA