KOTA KINABALU: Walaupun kekal optimis terhadap unjuran ekonomi bagi tempoh terdekat, Malaysia perlu berusaha bagi memastikan agar pertumbuhan dan pemulihan ekonomi tersebut dapat dikongsi secara saksama oleh semua rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata berdasarkan laporan Bank Dunia, isi rumah di Sabah dan Sarawak selain wilayah utara dan timur Semenanjung, mencatat kemajuan lebih perlahan dari segi pekerjaan dan pendapatan berbanding wilayah lain.
Menurutnya, sebagai contoh, jurang perbezaan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita pada 2020 bagi wilayah tengah seperti Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka berbanding Sabah dan Sarawak masing-masing pada 2.7 peratus dan 1.3 peratus.
"Dalam Rancangan Malaysia ke-12, kita telah menyasarkan untuk mengurangkan jurang tersebut kepada 2.5 peratus bagi Sabah dan 1.2 peratus untuk Sarawak. Ini adalah matlamat yang sederhana yang saya percaya dapat kita capai.
"Peningkatan tertinggi bagi kemiskinan melibatkan negeri-negeri yang ketinggalan seperti Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah. Kita telah berusaha gigih untuk mengurangkan keadaan ini dan isu pembasmian kemiskinan akan kekal tinggi sekiranya tidak dijadikan antara keutamaan dalam agenda kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi rakaman ucapannya pada majlis pelancaran Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia Jun 2022 oleh Bank Dunia bertajuk 'Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States,' di sini, hari ini.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Negara Bank Dunia Bagi Brunei, Malaysia dan Filipina selain Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen.
Mustapa berkata EPU dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) juga menerajui usaha menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia dengan melaksanakan pendekatan inovatif bagi menangani isu tersebut.
"Program tersebut menumpukan kepada penyelesaian tempatan yang disediakan khusus mengikut kekuatan unik komuniti tertentu. Fasa pertama akan merangkumi 80 tempat yang sudah pastinya akan mengutamakan negeri-negeri dengan kadar kemiskinan tertinggi.
"Jurang (kemiskinan) antara negeri-negeri ini adalah besar. Kita perlu mengurangkan jurang ini jika mahu mencapai Keluarga Malaysia yang terbukti bahagia dengan semangat muhibah dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa," katanya.
Mustapa turut mengingatkan agar semua pihak terus berusaha sedaya upaya bagi membantu pertumbuhan kawasan-kawasan terpinggir Malaysia.
Sehubungan itu, beliau berharap laporan Bank Dunia tersebut akan memberi input kepada kerajaan untuk menggubal dasar-dasar yang dapat memastikan hasil pembangunan itu dikongsi secara saksama oleh semua bahagian negara ini.
Menurutnya, atas keutamaan itu juga, matlamat kerajaan adalah menjadikan ekonomi lebih terangkum dan berupaya membasmi kemiskinan tegar.
Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam rakaman ucapannya berkata biarpun Sabah merekodkan perolehan hasil tertinggi sebanyak Sabah RM5.4 bilion pada 2021, negeri itu sebaliknya masih dalam proses pemulihan.
Pada masa sama, Sabah juga berdepan pelbagai isu akibat COVID-19, termasuk peningkatan kadar kemiskinan dan pengangguran belia yang ketara.
"Kerajaan Persekutuan maklum dengan keperluan kerajaan negeri menerusi komitmennya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi meningkatkan kemajuan Sabah.
"Bersandarkan semangat Keluarga Malaysia dan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya, kerjasama erat kerajaan negeri-Persekutuan akan dapat memperkukuh hubungan serta persefahaman yang dapat memacu pemulihan dan kemajuan negeri ini selain meningkatkan kehidupan warga Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Mustapa berkata berdasarkan laporan Bank Dunia, isi rumah di Sabah dan Sarawak selain wilayah utara dan timur Semenanjung, mencatat kemajuan lebih perlahan dari segi pekerjaan dan pendapatan berbanding wilayah lain. - Gambar fail
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.