KUALA LUMPUR: Malaysia meraih hampir AS$2 bilion (AS$1= RM4.614) menerusi 21 terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dari tempoh 2015 hingga 2021, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Pengerusinya Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata sukuk SRI pertama diterbitkan pada 2015, yang membiayai pembangunan sekolah amanah di Malaysia, diikuti terbitan sukuk hijau pertama dunia pada 2017 untuk membiayai pembinaan jana kuasa solar berskala besar.
"Dalam hal Malaysia, dengan adanya struktur pengawalseliaan khusus, terutamanya bagi SRI Islam, telah membolehkan instrumen dan pelaburan Islam berkembang maju," katanya pada Forum Kewangan dan Pelaburan Mampan Islam Asia Keempat di sini, hari ini.
Awang Adek berkata pengalaman selama berdekad-dekad Malaysia dalam produk dan perkhidmatan Syariah adalah hasil daripada tiga prasyarat kritikal bagi evolusi industri dan pasaran yang berterusan, iaitu rangka kerja kawal selia yang memudahkan, ekosistem yang menyokong dan rakan setara.
Di peringkat serantau, katanya, terbitan bon dan sukuk hijau, sosial dan kemampanan berlabel ASEAN berjumlah AS$27.2 bilion setakat 19 Ogos, 2022 dengan Malaysia menyumbang 20 peratus daripada jumlah itu.
"Ini termasuk sukuk kemampanan berdaulat Malaysia yang diselaraskan kepada standard bon kemampanan ASEAN," katanya.
Sementara itu, Awang Adek berkata Malaysia ketika ini sedang membangunkan taksonomi SRI bagi pasaran modal Malaysia yang sejajar dengan cadangan pelan hala tuju SRI negara.
"Dengan mengelaskan apa aktiviti ekonomi yang dianggap sebagai mampan, taksonomi SRI akan menggalakkan peruntukan modal kepada inisiatif mampan.
"Ia juga akan membentuk ketelusan bagi pengurusan risiko iklim dan pembiayaan peralihan serta meningkatkan pembabitan pemegang kepentingan," katanya.
Beliau berkata bersama-sama dengan program pembinaan kapasiti teknikal, taksonomi SRI akan menggalakkan pelaksanaan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang berterusan dan matlamat kemampanan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Pengerusi SC Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata sukuk SRI pertama diterbitkan pada 2015, yang membiayai pembangunan sekolah amanah di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS),

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.

Malaysia terajui terbitan Sukuk global pada 2020, kebanyakannya berkaitan SRI - Tengku Zafrul
Malaysia mendahului sebagai pasaran Sukuk terbesar dunia pada 2020, dengan kebanyakan terbitan berkaitan dengan prinsip Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI).

Khazanah terbit sukuk dolar USD750 juta
Khazanah Nasional Berhad menerbitkan sukuk didominasi dolar bernilai US$750 juta (RM3.15 bilion) untuk tempoh matang 5 tahun

Hong Leong Islamic raih Anugerah Rundingan Kewangan Islamik Terbaik
Kemenangan HLISB dalam Penganugerahan Global Finance 2014 adalah berdasarkan penglibatannya dalam program Sukuk Wakalah.