KUALA LUMPUR: Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata misi diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 14-17 Mac lepas, turut disertai oleh pegawai kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya selain wakil dari koridor pembangunan wilayah serta syarikat Malaysia.
Dalam kenyataan pada Selasa, MIDA berkata program TIM itu dimulakan dengan penganjuran seminar bertajuk 'Malaysia: Your Profit Centre in Asia' (Malaysia : Pusat Keuntungan Anda di Asia) yang menarik penyertaan lebih daripada 250 pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan dan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman menyifatkan pencapaian misi tersebut sebagai membanggakan selain membuktikan komitmen kukuh Malaysia bagi menarik pelaburan peringkat tinggi selain meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
"Perkongsian strategik Malaysia dan Korea Selatan telah terjalin menerusi Dasar Pandang Ke Timur sejak lebih empat dekad lepas. Malah, hasil daripada kerjasama ini juga, Korea Selatan telah muncul sebagai antara 10 pelabur utama bagi Malaysia.
"Kita juga teruja untuk mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari negara itu. Tumpuannya adalah bidang pertumbuhan baharu seperti industri berteknologi tinggi, industri berasaskan inovasi, pengetahuan dan berintensifkan kemahiran yang dapat menjana peluang besar bagi agenda mampan serta hijau yang disokong oleh kedua-dua negara," katanya.
Arham berkata kerajaan Malaysia turut mengutamakan aktiviti pembuatan bernilai tinggi seperti teknologi pengangkutan, termasuk kenderaan elektrik (EV) dan ekosistem yang berpotensi besar dari segi ekonomi serta pertumbuhan mampan jangka panjang.
Menurut MIDA, antara syarikat yang menyatakan hasrat untuk melabur di Malaysia ialah SKC, POSCO Holdings, Coway dan LOTTE Fine Chemical.
SKC misalnya meninjau kemungkinan untuk menambah pelaburan dalam segmen EV di Malaysia manakala POSCO Holdings berhasrat membangunkan projek Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) serta mengembangkan lagi kilang pemprosesan kelulinya di negara ini dalam menyokong segmen perniagaan baharu seperti EV, bateri dan tenaga hijau.
Selain itu, LOTTE Fine Chemical mengetengahkan cadangan projek bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran tempatan, menyokong peralihan rantaian nilai industri ke tahap seterusnya dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi serta berintensifkan pengetahuan.
Pada 2022, MIDA telah mengumumkan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM264.6 bilion (AS$59.9 bilion).
Daripada jumlah itu, sebanyak 15 projek pembuatan dan perkhidmatan di bawah bidang kuasa MIDA yang menyaksikan penyertaan Korea Selatan dengan jumlah pelaburan bernilai AS$1.42 bilion.
Kesemua projek itu menjana peluang pekerjaan bagi 1,389 orang dan Korea Selatan kini muncul sebagai pelabur asing ketujuh terbesar dari segi pelaburan diluluskan bagi 2022, kata MIDA.
Agensi itu juga menyifatkan pelaburan berterusan oleh pihak pelabur Korea Selatan hanya membuktikan kejayaan kelangsungan usaha Malaysia dalam menarik pelaburan berkualiti serta meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi.
"Minat kukuh dipaparkan oleh syarikat Korea Selatan dalam misi ini menjadi pemangkin utama dalam mengembangkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, terutama dalam bidang yang menyokong agenda mampan serta hijau yang diperjuangkan oleh kedua-dua negara," kata MIDA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

MIDA menyifatkan pencapaian misi tersebut sebagai membanggakan selain membuktikan komitmen kukuh Malaysia bagi menarik pelaburan peringkat tinggi selain meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Fokus timba ilmu, henti bergaduh perkara remeh - PM Anwar
Kata Anwar, dunia kini menumpukan pada usaha mengangkat ekonomi, kemudahan teknologi baharu bagi mendepani masa depan yang mencabar.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.