KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan Ke-105 (FMCBG) di Washington, Amerika Syarikat sempena Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia (IMF).
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, fokus pertama memastikan pinjaman oleh kerajaan di serata dunia dapat memainkan peranan untuk pembangunan dan kestabilan makroekonomi.
Selain itu, mesyuarat turut menumpukan kepada beberapa perkara mengenai kemas kini operasi tindak balas krisis COVID-19 serta aspek pendigitalan dan pembangunan.
Tengku Zafrul yang mewakili Malaysia dan beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura juga berkesempatan menyuarakan pendapat mengenai beberapa cabaran terkini yang menghalang pemulihan ekonomi global tahun ini.
‘’Saya amat berbesar hati kerana untuk mesyuarat kali ini, saya selaku wakil dari Malaysia diberi amanah mewakili negara-negara seperti Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.
‘’Semasa perbincangan, saya telah menyuarakan pendapat mengenai beberapa cabaran terkini yang telah menghalang pemulihan ekonomi global tahun ini.
‘’Juga menyentuh gangguan rantaian bekalan dan inflasi yang meningkat, serta ketidakpastian yang berterusan di sebalik varian COVID-19 baharu, mungkin menghalang pemulihan ekonomi yang dijangkakan akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam,'' katanya menerusi satu ciapan di laman Facebook pada Sabtu.
Antara lain, fokus turut diberikan kepada bagaimana dalam jangka masa pendek, tindakan pelbagai hala yang tuntas dan komprehensif diperlukan untuk menangani krisis hutang yang semakin meruncing.
Pada masa sama, beliau juga menekankan bahawa di masa hadapan, pendigitalan akan menjadi pendorong utama kepada agenda untuk pembangunan hijau, berdaya tahan dan inklusif.
Astro Awani
Sat Apr 23 2022
Mesyuarat turut menumpukan kepada beberapa perkara mengenai kemas kini operasi tindak balas krisis COVID-19 serta aspek pendigitalan dan pembangunan. FOTO: BERNAMA
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia sambut baik tiga fokus perbincangan di mesyuarat FMCBG
Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan Ke-105 di Washington DC, Amerika Syarikat sempena Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia (IMF
Tengku Zafrul bincang pengukuhan industri kewangan, kestabilan ekonomi serantau dengan Menteri-menteri Kewangan Indonesia, Singapura
Malaysia telah membincangkan aspek pengukuhan industri kewangan dan daya tahan ekonomi dengan pelbagai menteri-menteri kewangan yang hadir di Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF.