KUALA LUMPUR: Malaysia menyasar untuk meningkatkan perdagangannya dengan Korea Selatan sebanyak 20 peratus tahun ini selepas perdagangan dua hala mencecah AS$26 bilion (RM114.55 bilion) pada 2022.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan mengetuai misi perdagangan ke Seoul dari 14 hingga 17 Mac ini berkata untuk mencapai sasaran itu Malaysia merancang untuk meneruskan sesi libat urus dan perbincangan dengan syarikat terkemuka Korea Selatan iaitu Samsung, Hyundai, Coway dan Lotte semasa lawatan tersebut.
"Kami akan terus mengadakan sesi libat urus dengan mereka...seterusnya diharapkan ia akan menghasilkan pelaburan. Apa yang lebih penting lagi, ini adalah inisiatif jangka panjang ketika Malaysia meraikan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) bersama Korea Selatan hari ini.
"Kita telah melihat kejayaan dasar itu di mana sejak ia bermula pada tahun 1983, pelaburan ke Malaysia telah meningkat lebih daripada 23 kali ganda.
"Untuk misi perdagangan ini, kami akan membawa bersama wakil daripada agensi penggalakan pelaburan (IPA), koridor wilayah (pihak berkuasa) dan juga syarikat dari Malaysia, kami akan cuba memadankan syarikat Korea dan Malaysia untuk mendapatkan (impak) terbaik ke atas ekonomi, " katanya kepada media selepas majlis perasmian ulang tahun ke-40 LEP Malaysia-Korea Selatan di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.
Korea Selatan adalah rakan dagang kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah AS$26.01 bilion pada 2022, meningkat 29.7 peratus berbanding AS$21.01 bilion pada 2021.
Negara yang mencatat pertumbuhan ekonomi sangat pantas itu telah menjadi salah satu sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia untuk sektor pembuatan dengan 374 projek bernilai AS$9.2 bilion sedang dilaksanakan dan menjana 46,260 pekerjaan setakat Jun 2022.
Tengku Zafrul berkata aktiviti pembinaan kapasiti melalui agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) juga boleh meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan.
Di bawah rangka kerja LEP, bidang khusus itu dijangka memperkukuh dan memanfaatkan sinergi kedua-dua negara dalam menangani isu global untuk manfaat bersama.
Berada pada kedudukan 10 teratas dalam kalangan negara-neara di Asia Timur daripada segi perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, Tengku Zafrul berkata Malaysia boleh belajar daripada rakyat Korea Selatan.
"Korea Selatan bermula secara sederhana dan satu bidang yang boleh kita pelajari daripada negara itu ialah ESG kerana kedudukan ESG mereka tinggi.
"Jika anda melihat kriteria Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terdapat banyak ruang (untuk perkara lain), justeru kerjasama itu bukan hanya daripada segi pelaburan tetapi juga pembinaan kapasiti di mana kita boleh melakukan perkongsian pengetahuan bagaimana syarikat Malaysia boleh menjadi lebih berdaya saing," katanya.
Berdasarkan laporan Pembangunan Mampan 2022, Korea Selatan berada di kedudukan ke-27 daripada 163 negara dengan skor keseluruhan ialah 77.90 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Korea Selatan menduduki tempat ke-10 dalam FDI pada penghujung tahun 2021.
LEP diperkenalkan pada tahun 1982 oleh Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan objektif untuk belajar daripada pengalaman Korea Selatan dan Jepun dalam pembinaan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Korea Selatan adalah rakan dagang kelapan terbesar bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan berjumlah AS$26.01 bilion pada 2022.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.

MH370: 11 tahun berlalu, mungkinkah misteri terungkai?
Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Tujuh aspek penting yang membentuk masa depan semikonduktor Malaysia
Dengan ketidaktentuan geopolitik, perubahan rantaian bekalan global, serta peningkatan pelaburan asing, Malaysia mempunyai peluang luar biasa untuk menjadi pemain utama dalam sektor ini.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.