KUALA LUMPUR: Malaysia yakin dapat meraih pelaburan diluluskan lebih tinggi pada 2024 selepas merekodkan jumlah tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lepas, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Bagaimanapun, katanya, kementeriannya masih belum memuktamadkan angka sasaran, tetapi menambah bahawa "kami akan memperhalusi sasaran namun (menjangkakan) pertumbuhan minimum 8 hingga 10 peratus" dalam pelaburan yang diluluskan.
Tengku Zafrul berkata pertumbuhan pelaburan mempunyai perkaitan positif dengan keluaran dalam negara kasar negara (KDNK), yang diunjur berkembang 4.0 - 5.0 peratus tahun ini.
"Tetapi sektor lain mengalami lebihan bekalan, jadi akan ada sedikit kesan," katanya pada majlis pengumuman prestasi tahunan pelaburan Malaysia dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama bagi 2023.
Setakat ini, terdapat 1,710 projek sedang dalam perancangan, dengan cadangan pelaburan berjumlah RM87.8 bilion, katanya.
Daripada cadangan pelaburan ini, sebanyak 1,648 projek adalah daripada sektor perkhidmatan terpilih (RM52.7 bilion), manakala 62 projek daripada sektor pembuatan (RM35.1 bilion), yang kesemuanya terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Selain itu, MIDA sedang giat merundingkan pelaburan berpotensi tinggi berjumlah RM88.82 bilion.
Sementara itu menyentuh mengenai prestasi ringgit, Tengku Zafrul berkata, sektor pelaburan tidak begitu dipengaruhi oleh pergerakan mata wang.
"Mata wang untuk pelaburan tidak begitu sensitif apabila melibatkan aliran modal.
"Apabila kita berbincang dengan pelabur, sejujurnya mata wang ringgit tidak dibincangkan sama sekali," katanya.
Bagaimanapun beliau menekankan akan kepentingan untuk menggandakan sumbangan pelaburan kepada KDNK daripada paras sekarang antara 20- 3 peratus.
"Pada 1990, komponen pelaburan daripada KDNK adalah dua kali ganda daripada hari ini. Kali terakhir, ia hampir 35 peratus. Jadi, kita perlu kembali kepada keadaan kita seperti sebelum ini," katanya.
Justeru, katanya, kementeriannya sedang berusaha keras untuk menarik pelaburan dan perdagangan ke negara ini.
Beliau berkata penstrukturan semula MIDA sebagai Agensi Penggalakan Pelaburan Pusat merupakan inisiatif strategik untuk membentuk semula dan mengukuhkan landskap penggalakan pelaburan Malaysia.
"Matlamatnya adalah untuk menarik pelaburan berkualiti yang melengkapkan objektif negara, memberi tumpuan kepada industri penting, memastikan pelaksanaan segera pelaburan yang diluluskan dan meningkatkan kepuasan pelabur.
"Pada dasarnya, MIDA berusaha untuk mewujudkan iklim perniagaan yang menarik, memacu kemajuan ekonomi, dan menyediakan kepada pelabur pengalaman yang lancar dan memberi manfaat," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Tengku Zafrul berkata pertumbuhan pelaburan mempunyai perkaitan positif dengan keluaran dalam negara kasar negara (KDNK), yang diunjur berkembang 4.0 - 5.0 peratus tahun ini. - Gambar fail
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.
Sektor hartanah dijangka catat pertumbuhan kukuh pada 2025 - Rahim & Co
Abdul Rahim berkata, dengan sokongan kerajaan yang berterusan pasaran hartanah dijangka terus berkembang.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Sunway Property umum pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu
Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group, mengumumkan pelantikan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusan baharu mereka.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.