Kerjasama dengan syarikat konglomerat kedua terbesar Korea Selatan, SK Group akan meneroka peluang pelaburan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta rangkaian generasi kelima (5G), minyak dan gas, teknologi hijau serta bandar pintar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama itu dijangka mempercepatkan sasaran Malaysia mencapai 20 negara teratas dunia dalam ekonomi di bawah Transformasi Nasional 2050.
"Dan itu sebabnya Kerajaan Malaysia dan SK Group - sebuah syarikat Fortune 100 dan konglomerat kedua terbesar oleh permodalan pasaran di Korea Selatan - telah bersetuju untuk mewujudkan perkongsian strategik di bawah NBOS, untuk mewujudkan perniagaan pertumbuhan tinggi dan peluang pelaburan baru dalam sektor utama ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan Malaysia dan SK Group serta Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan Pengerusi SK Group, Chey Tae Won.
Jelas Najib, SK Group dijangka membuka ibu pejabat serantau di Malaysia bagi mewakili perniagaanya di ASEAN, India dan Asia Barat.
"Kerjasama ini akan membolehkan SK Group melahirkan lebih banyak bakat-bakat berkemahiran tinggi tempatan serta pemimpin perniagaan masa hadapan menerusi latihan dan bimbingan yang dijalankan," katanya.
Menurutnya, Malaysia juga bakal menjadi pusat pengembangan perniagaan SK Group di rantau ini sekali gus menunjukkan keyakinan tinggi kumpulan itu kepada negara.
SK Group dikatakan berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia berikutan kestabilan politik, asas ekonomi yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang memberangsangkan.
Pada majlis sama, SK Group di bawah anak syarikatnya, SK Holdings Co. Ltd. dan SK Telecom Co. Ltd. turut memeterai MoU dengan Cyberview Sdn. Bhd. bagi membangunkan bandar pintar secara NBOS di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Fri Feb 23 2018
PM Najib menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kerajaan Malaysia dan SK Group serta Cyberview Sdn Bhd dengan SK Holdings Co Ltd dan SK Telecom Co Ltd. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.