Malaysia tidak akan mengalami situasi defisit berkembar (bajet defisit yang semakin meningkat bersama-sama defisit akaun semasa) memandangkan negara ini disokong oleh imbangan akaun yang kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar), hari ini.
Imbangan akaun semasa negara pada suku ketiga, yang diumumkan minggu lepas, mencatat lebihan yang lebih tinggi sebanyak RM9.8 bilion berbanding RM2.6 bilion pada suku sebelumnya.
"Kebimbangan ini dibangkitkan oleh beberapa ahli ekonomi serta agensi penarafan, khususnya Fitch.
"Berdasarkan kedudukan ini (baki akaun semasa yang kukuh), sepatutnya tidak timbul rasa bimbang bahawa Malaysia akan mengalami keadaan defisit berkembar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Statistik Kebangsaan Kedua 2013 di sini.
Imbangan akaun semasa pada suku pertama tahun ini berjumlah RM8.7 bilion. Mengikut asas tahun, lebihan akaun semasa meningkat dua peratus berbanding RM9.7 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Abdul Wahid berkata, sasaran defisit sebanyak 4.0 peratus tahun ini, 3.5 peratus pada 2014 dan 3.0 pada 2015, boleh dicapai jika asas pendapatan meningkat dan meluas (melalui GST) dan jika perbelanjaan dioptimumkan.
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa ekonomi negara akan memperoleh penarafan kredit yang positif daripada agensi-agensi penarafan berdasarkan keluaran dalam negara kasar yang kukuh pada suku ketiga yang melebihi anggaran konsensus.
"Kami berharap mereka akan memperoleh bukti yang secukupnya bahawa kita sebenarnya bergerak ke arah yang betul, supaya akhirnya mereka akan menyemak semula unjuran masing-masing.
"Dalam mana-mana kes, mengapa kita bercakap mengenai agensi penarafan nombor tiga (Fitch Rating). Saya rasa (kita harus melihat) dua agensi pertama, S&P dan Moody's, yang membuat penilaian yang stabil," katanya.
Bernama
Mon Nov 18 2013
![Malaysia tidak akan alami situasi defisit berkembar Malaysia tidak akan alami situasi defisit berkembar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368863861_295x200.jpg)
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727337548_tbAbdulWahidOmar.jpg)
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
![Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721022527_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
![Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717000513_TBWAHIDOMAR.jpg)
Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.
![Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/61450352002_AbdulWahidOmar.jpg)
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
![Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680685616_DatukHanifahHajar.jpg)
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
![Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690168847_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
![WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/71493040413_AbdulWahidOmar.jpg)
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
![Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656665306_TanSriAbdulWahid.jpg)
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
![Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656665306_TanSriAbdulWahid.jpg)
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
![Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670572045_NikNazmi.jpg)
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.