HANOI: Malaysia dan Vietnam boleh bekerjasama dalam memanfaatkan keanggotaan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
"Perjanjian ini memainkan peranan penting dalam memajukan agenda pertumbuhan progresif, mampan dan inklusif kita, memperkukuh usaha kita ke arah masa depan yang berdaya tahan dan makmur," katanya pada Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam di sini, pada Jumaat.
Beliau berada di sini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini.
Sementara itu, beliau berkata penyertaan United Kingdom (UK) sebagai anggota baharu CPTPP baru-baru ini menandakan perkembangan penting dalam pakatan perdagangan ini, malah UK juga menjadi negara bukan pengasas pertama di luar rantau Asia Pasifik yang menyertai perjanjian perdagangan mega ini.
"Penerimaan ke atas UK itu jelas menunjukkan daya tarikan dan manfaat CPTPP, dan ini pastinya akan menggalakkan negara lain untuk mempertimbangkan kelebihan menjadi anggota, serta penyepaduan dan kerjasama ekonomi yang lebih erat," katanya.
Tengku Zafrul berkata CPTPP menyediakan banyak peluang untuk Malaysia dan Vietnam menonjolkan potensi pasaran masing-masing, memperkukuh sektor perkhidmatan, memudahkan aliran pelaburan dan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana.
CPTPP juga merangsang pertumbuhan mampan dan inklusif, dengan peruntukan yang melindungi hak pekerja, perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan.
"Menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan keterangkuman sosial menyumbang kepada kemakmuran jangka masa panjang dan kesejahteraan negara yang menyertainya, termasuk Malaysia dan Vietnam," katanya.
Malaysia dan Vietnam juga ialah rakan kongsi yang aktif dalam Asean, bekerjasama untuk menggalakkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan penyepaduan dalam rantau ini.
"Marilah kita memanfaatkan penyertaan bersama kita dalam pelbagai platform serantau dan antarabangsa untuk terus menangani cabaran dan memajukan kepentingan bersama kita demi faedah kedua-dua negara dan pertumbuhan mampan, seimbang dan inklusif Asean," katanya.
Tengku Zafrul menekankan bahawa Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam boleh membangunkan pencapaian penting yang jelas, yang dicapai dalam 50 tahun pertama hubungan diplomatik Malaysia dan Vietnam.
"Semoga forum ini menjadi pemangkin untuk hubungan yang baharu, kerjasama yang membuahkan hasil, serta masa depan yang makmur untuk kedua-dua negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Tengku Zafrul (kanan) dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) mengiringi Anwar yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Dewan Rakyat Vuong Dinh Hue, di Bangunan Dewan Rakyat di Hanoi, 21 Julai 2023. --fotoBERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.

Malaysia perkenal NIMP 2030, atasi penyahindustrian pramatang
Malaysia melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) sebagai usaha strategik untuk mengatasi masalah penyahindustrian pramatang.

Perdagangan Malaysia-Kanada meningkat 25 peratus sejak 2018
Tengku Datuk Seri Zafrul berkata ia melibatkan jumlah eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) dan produk getah.

SIRIM lancar pensijilan, perkhidmatan ujian selimut api EV
SIRIM QAS International Sdn Bhd melancarkan pensijilan dan perkhidmatan ujian terbaharu untuk selimut api Kenderaan Elektrik (EV) pada Jumaat.

Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.

Bajet 2023: Peruntukan pembangunan RM6.3 bilion untuk Sabah, RM5.4 bilion Sarawak
Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ,RM11.7 bilion diperuntukan untuk dua negeri itu berbanding RM9.8 bilion dalam Bajet 2022.

Bajet 2023: Kadar RMT sekolah dinaikkan - Tengku Zafrul
Kerajaan akan menaikkan kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 sen kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3.00 kepada RM4.00 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Tengku Zafrul ke Parlimen untuk bentang Bajet 2023
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini.

Kerajaan terus giatkan usaha perkukuh sentimen pelabur asing - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus menggiatkan usaha untuk mengukuhkan sentimen pelabur asing terhadap Malaysia menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang berupaya meningkatkan daya tarikan Malaysia.

BN platform terbaik penyatuan kaum, generasi, kumpulan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan itu berkata demikian selepas dilantik sebagai Bendahari BN Selangor, pada Ahad.