HANOI: Sektor pembuatan yang kukuh dan teknologi canggih Malaysia, digabungkan dengan pasaran Vietnam yang agak besar, menawarkan potensi luas kepada kedua-dua negara untuk melonjakkan lagi perdagangan dua hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bercakap di Forum Perniagaan Malaysia-Vietnam di sini pada Jumaat, beliau berkata asas pasaran Vietnam yang agak besar serta ekonominya yang dinamik dan pesat menyediakan pasaran yang berkembang maju untuk barangan dan perkhidmatan syarikat Malaysia.
"Sektor pertanian Vietnam dengan mudah boleh memanfaatkan penerajuan dan ekosistem mantap yang dimiliki Malaysia dari segi pensijilan produk dan perkhidmatan halal untuk meneroka pasaran halal global, yang nilainya dianggarkan berkembang kepada AS$3 trilion (AS$1=RM4.55) menjelang 2024.
"Menerusi bekerjasama dalam bidang seperti hartanah, makanan dan minuman serta produk halal, pembinaan dan bahan binaan selain produk perubatan dan farmaseutikal, kita boleh membuka peluang untuk pertumbuhan ekonomi, dan mewujudkan perkongsian lebih kukuh yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat kita," katanya.
Beliau berada di sini sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negara ini.
Jumlah perdagangan Malaysia dengan Vietnam meneruskan trajektori meningkat pada 2022, apabila berkembang sebanyak 23.1 peratus tahun ke tahun kepada AS$19.44 bilion.
Eksport meningkat sebanyak 17.6 peratus tahun ke tahun kepada US$12.2 bilion, manakala import juga melonjak sebanyak 33.2 peratus tahun ke tahun kepada AS$7.2 bilion.
Vietnam ialah rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia di dunia, dan negara ini juga ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia di Asean selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.
Dari segi pelaburan, Malaysia ialah pelabur ke-10 terbesar Vietnam selepas Singapura dan Thailand.
Tengku Zafrul berkata selain perdagangan dan pelaburan, Putrajaya dan Hanoi juga boleh bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang disebabkan oleh pertumbuhan global yang lembap, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan ketegangan geopolitik.
"Menangani prospek yang suram ini, kini lebih penting daripada sebelum ini untuk kita memperkukuh dan lebih menyepadukan ekonomi kita, sama ada di peringkat dua hala, plurilateral dan pelbagai hala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023

Tengku Zafrul berkata asas pasaran Vietnam yang agak besar serta ekonominya yang dinamik dan pesat menyediakan pasaran yang berkembang maju untuk barangan dan perkhidmatan syarikat Malaysia.- Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.