KUALA LUMPUR: Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang pengedaran produk dan perkhidmatan biofarmaseutikal dan genomik dengan Ajlan & Bros Medical Company.
Ajlan, yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi, adalah sebahagian daripada konglomerat multinasional yang ditubuhkan pada 1979 dengan pelaburan ekuiti persendirian global, hartanah dan perindustrian yang meluas.
Pengarah Eksekutif MGRC, Azri Azerai berkata, kerjasama itu membuka peluang yang sangat baik kepada kumpulan untuk meneroka pasaran Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
"Ini terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) di mana kami melihat banyak pertumbuhan dalam pertanian dan akuakultur akibat kesan perubahan iklim dan diagnosis kesihatan untuk kumpulan populasi yang berbeza," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebagai sebahagian daripada MoU, pihak-pihak terbabit akan meneroka kemungkinan Ajlan menjadi wakil pemasaran dan pengedaran untuk MGRC bagi ujian saringan genetik, sel stem mesenchymal dan produk exosome.
Ajlan juga akan mengenal pasti peluang R&D komersial untuk penjujukan dan analisis genom di rantau MENA bagi bidang seperti pertanian, akuakultur, perladangan, penjagaan kesihatan dan bioteknologi perindustrian.
Sementara itu, MGRC pula akan menganalisis sampel untuk ujian saringan genetik serta menyediakan Ajlan dengan kepakaran genomik dan bioinformatik untuk membida projek melalui Ajlan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ajlan & Bros Holding Group, Ali AlHazmi berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan MGRC untuk membawa perkhidmatan dan produk biofarmaseutikal dan genetiknya ke Arab Saudi, yang merupakan landasan pelancaran yang baik ke rantau MENA.
"MoU ini hanyalah permulaan kerana kami meneroka bagaimana kami boleh bekerjasama rapat dalam beberapa bulan akan datang," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 30 2022
Azri Azerai (kiri) bersama Ali AlHazmi selepas menandatangani memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak. - Foto Dagang News
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Malaysian Genomics teroka peluang dalam biofarmaseutikal dengan firma Arab Saudi
Kerjasama itu membuka peluang yang sangat baik kepada kumpulan untuk meneroka pasaran Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).