Malindo Air akan melancarkan dua penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh (Kemboja) dan Chennai (India), masing-masing pada 1 Ogos dan 24 Julai tahun ini.
Tempahan kini dibuka dan sempena dengan pelancaran, syarikat berkenaan menawarkan tiket semua dalam tambang ke Phonm Penh bermula dari RM139 untuk kelas ekonomi dan RM749 untuk kelas bisnes.
Tambang kelas ekonomi ke Chennai bermula dari RM438 dan kelas bisnes pada RM999.
Tambang-tambang promosi ini merangkumi elaun bagasi, hiburan dan hidangan dalam pesawat, kata Malindo Air dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Kami amat teruja untuk mengumumkan dua laluan baharu ini ke dalam rangkaian kami. Phnom Penh dan Chennai adalah kaya dengan budaya dan kedua-dua destinasi memiliki pengunjung aktif bagi tujuan perdagangan serta pelancongan.
"Penambahan laluan ini menyokong usaha kami yang berterusan bagi menjadikan KLIA sebagai hab transit, dengan menghubungkan penumpang yang mahu melawat Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.
Syarikat penerbangan itu berkata, penerbangan Malindo Air OD580 akan berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh (PNH) pada 8.55 pagi. Penerbangan balik, OD581, akan bertolak pada hari yang sama dari PNH pada 9.45 pagi dan tiba di KLIA pada 7.35 tengah hari.
Sementara itu, penerbangan perkongsian kod Chennai dengan Batik Air, OD9114 akan berlepas setiap hari dari KLIA pada 6.25 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai (MAA) pada 7.55 pagi. Penerbangan balik, OD9115, akan bertolak pada hari yang sama dari MAA pada 8.55 pagi dan tiba di KLIA pada 3.25 petang.
Menjelang 30 Ogos, kekerapan kedua akan ditambah, menjadikan dua penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Chennai.
Pesawat bernombor OD9112 akan berlepas pada setiap hari dari KLIA pada 8.55 malam dan tiba di MAA pada 10.20 malam. Penerbangan balik OD9113 akan bertolak pada hari yang sama dari MAA pada pukul 11.10 malam dan tiba di KLIA itu, keesokan harinya pada 5.40 pagi.
Chandran berkata, Malindo Air berharap untuk membantu meningkatkan pelancongan ke Malaysia dan bandar-bandar yang dihubungkan melalui rangkaiannya.
"Penumpang dari India, sebagai contoh, boleh terbang ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung perjalanan mereka ke Indonesia, Australia atau Hong Kong atau Taiwan. Rangkaian kami sedang berkembang dengan pesat, terutamanya dengan strategi perkongsian kod yang progresif, yang bermatlamat untuk menyediakan perhubungan yang lebih baik di rantau ini," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017
![Malindo Air lancarkan penerbangan harian ke Phnom Penh dan Chennai Malindo Air lancarkan penerbangan harian ke Phnom Penh dan Chennai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51493613002_950x600.jpg)
Menjelang 30 Ogos, kekerapan kedua akan ditambah, menjadikan dua penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Chennai.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Presiden ICC Tomoko Akane kutuk sekatan AS yang mengancam kebebasan mahkamah dan keadilan global. Tindakan itu sebagai bantahan terhadap waran tangkap Netanyahu.
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Hamas akan bebaskan tiga tebusan Israel pada Sabtu sebagai pertukaran dengan 183 banduan Palestin. Kumpulan itu menuduh Israel melanggar gencatan senjata dan menahan bantuan kemanusiaan.
![Malindo Air beri amaran mengenai penjualan tiket udara secara haram Malindo Air beri amaran mengenai penjualan tiket udara secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520236430_MALINDOAIR.jpg)
Malindo Air beri amaran mengenai penjualan tiket udara secara haram
Terdapat aduan diterima daripada penumpang tentang individu yang mengutip pembayaran dan kemudiannya melarikan diri.
![Malindo Air tawar promosi tambang rendah daripada RM69 Malindo Air tawar promosi tambang rendah daripada RM69](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41454072290_950x600.jpg)
Malindo Air tawar promosi tambang rendah daripada RM69
Malindo Air menawarkan satu juta tempat duduk dengan promosi tambang rendah bermula daripada RM69, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Subang ke semua rangkaian destinasinya.