Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, terbukti bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.
Jelasnya, ini berdasarkan harga bahan bakar itu pada Januari 2015 sebanyak RM1.90 seliter selepas subsidi dimansuh dan diapungkan mengikut harga pasaran dan mencecah paras lebih rendah pada masa ini.
"Sewaktu kita (melaksanakan langkah) memansuhkan subsidi minyak, harga RON95 pada Januari 2015 adalah RM1.90 seliter berbanding dengan RM1.70 sen seliter pada hari ini.
"Malah, harganya pernah mencecah paras terendah RM1.60 seliter.
"Oleh itu, harga minyak RON95 seliter sekarang adalah lebih rendah berbanding dengan harga terdahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) 2016 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Stadium Mini Tapah di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pemansuhan subsidi bahan bakar berkenaan sejak 2014 juga dapat membantu kerajaan menjimatkan berbilion ringgit.
"Pada 2013 misalnya, kerajaan membelanjakan sebanyak RM29 bilion bagi tujuan subsidi RON95, RON97 serta diesel," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memainkan peranan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia serta Projek Perumahan 1Malaysia.
"Tidak kurang penting adalah penubuhan Klinik Rakyat 1Malaysia yang mana kos perbelanjaan kesihatan negara ini berada di tahap terendah dunia berikutan bayaran yang ditetapkan adalah sangat minimum," katanya.
Bernama
Wed Apr 20 2016
![Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455617412_OilGasIndustry.jpg)
Berdasarkan harga bahan bakar itu pada Januari 2015 sebanyak RM1.90 seliter selepas subsidi dimansuh dan diapungkan mengikut harga pasaran dan mencecah paras lebih rendah pada masa ini. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tun Ahmad Sarji meninggal dunia Tun Ahmad Sarji meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630107692_TUNAHMADSARJI.jpg)
Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, berusia 82 tahun.
![IKIM lancar Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya IKIM lancar Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550076946_AhmadSarji.jpg)
IKIM lancar Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan Koleksi Khas Tamadun Islam perpustakaannya yang diperoleh pada 2008.
![Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554638779_arie.jpg)
Arie Irawan satu daripada bintang cemerlang PGM - Tun Ahmad Sarji
Ahmad Sarji yang sedih dengan kepergian bintang golf berusia 28-tahun itu berkata, Arie pernah memenangi tiga kali pada PGM Tour.
![Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550076946_AhmadSarji.jpg)
Tun Ahmad Sarji dilantik pengerusi baharu IKIM
Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia yang baharu berkuat kuasa 4 Feb lepas.
![Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam terima watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam terima watikah pelantikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533784804_TBInstitusiHalEhw.jpg)
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam terima watikah pelantikan
Ahli jawatankuasa berkenaan diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, sebagai pengerusi.
![Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455617412_OilGasIndustry.jpg)
Mansuh subsidi bukan penyebab harga petrol naik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tindakan kerajaan melaksanakan pemansuhan subsidi petrol RON95 sejak Disember 2014, bukan penyebab utama kenaikan harga bahan bakar berkenaan.
![ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2 ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/41398770226_295x200.jpg)
ASNB umum pengagihan pendapatan 7.75 sen seunit buat ASB 2
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan agihan pendapatan khas 0.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)
![Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013 Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41383232234_295x200.jpg)
Saintis Australia rangkul Anugerah Sains Mahathir 2013
Saintis Australia, Prof. Alan Cowman telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Sains Mahathir 2013 atas penemuan penyelidikan beliau mengenai malaria.