KUALA LUMPUR:Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA+ pada tahun 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Top Glove berkata pendapatan yang lebih tinggi ditambah dengan penukaran sepenuhnya bon boleh tukar US$200 juta (US $ 1 = RM4.04), telah mengukuhkan struktur permodalannya, ia menghasilkan nisbah hutang-ke-ekuiti yang lebih baik pada suku pertama tahun kewangan 2021.
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.
"Ini menunjukkan bahawa asas kewangan dan pasukan pengurusan berada pada kedudukan yang mantap, serta keyakinan MARC terhadap kemampanan jangka panjang perniagaan kami," katanya.
Penarafan AA+ yang lebih baik adalah penarafan kedua tertinggi diberikan kepada syarikat dan ia menghampiri penarafan tertinggi iaitu AAA.
Penarafan AA + juga merupakan penarafan kredit korporat tertinggi yang diberikan kepada syarikat pembuatan di Malaysia setakat ini.
Pada masa yang sama, MARC juga mempertahankan penarafan diterima sebelum ini iaitu AA-IS (CG) terhadap syarikat tujuan khas, TG Excellence Bhd bagi Program Sukuk Wakalah bernilai RM3 bilion.
Top Glove yang memiliki 100 peratus TG Excellence telah memberikan jaminan korporat tanpa syarat dan tidak dapat ditarik balik pada sukuk jangka sederhana.
MARC telah mengekalkan penarafan Top Glove pada tahap stabil dan penegasan ia mencerminkan kewajipan tanpa jaminan Top Glove, sejajar dengan prinsip-prinsip MARC mengenai hutang subordinat dan sekuriti hibrid bagi entiti yang mendapat penarafan AA dan penarafan lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah meningkatkan penarafan kredit korporat Top Glove Corp Bhd (Top Glove) daripada AA pada tahun 2020 kepada AA pada tahun 2021. - Gambar fail/REUTERS
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

MARC beri penarafan tinggi kepada Top Glove
Pengarah Urusan Top Glove Datuk Lee Kim Meow berkata syarikat itu menghargai penarafan yang tinggi diberi MARC itu.

Ekonomi Malaysia boleh terus berkembang lebih 4 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka boleh terus berkembang kepada lebih empat peratus pada tahun ini dan 2017.