Seorang penyokong kerajaan pada Selasa mencadangkan Malaysia Airlines (MAS) menyemarakkan semangat nasionalismenya sebagai syarikat penerbangan negara dengan mempromosi barangan buatan Malaysia.
Senator Datuk Dayang Madinah Tun Abang Openg berkata sebagai contoh MAS boleh mempelbagaikan menu makanan tempatan, mempromosi makanan ringan dan produk kraftangan tempatan dalam penerbangannya terutama penerbangan antarabangsa.
"Dimasukkan juga makanan ringan keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan kita contohnya kerepek pisang untuk menggantikan kacang masin, dengan cara packaging yang serupa termasuklah juga kek lapis Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Malaysia Airlines System Berhad (Pentadbiran) 2014 di persidangan Dewan Negara, di sini.
MAS hendaklah juga menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus produk Malaysia dalam senarai 'in-flight shopping items'.
Sementara itu, beberapa anggota dewan mahu kajian semula kod etika pakaian anak kapal wanita atau pramugari MAS, terutama yang beragama Islam, ketika MAS dalam proses penstrukturan semula.
Ini memandangkan MAS membawa imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Senator Khairiah Mohamed berkata MAS sepatutnya membenarkan pramugari beragama Islam menutup aurat, dan bagi yang bukan Islam, berpakaian lebih sopan.
"Saya menerima maklum bahawa ramai pramugari membuka tudung ketika bertugas sedangkan dalam kehidupan harian mereka, mereka bertudung," katanya ketika membahaskan rang undang-undang tersebut.
Senator Datuk Jahaya Mat Ghani@Abbas pula berkata keuntungan sesebuah syarikat penerbangan bukan bergantung kepada pakaian yang menjolok mata, sebaliknya berdasarkan perkhidmatan terbaik yang disediakan.
"Soal pramugari MAS, kadang-kadang janganlah pakai menjolok mata sangat...pakailah yang tutup aurat, tak salah pun, Royal Brunei pakai tutup aurat, Arab Saudi pakai tutup aurat, bukan itu (pakaian menjolok mata) yang orang nak tengok dalam penerbangan kita," katanya.
Jahaya mempersoalkan mengapa ketika MAS membawa jemaah haji ke Mekah boleh pula pramugarinya berpakaian menutup aurat.
Sementara itu, ketika menggulung rang undang-undang berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata perkara itu akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan MAS untuk dipertimbangkan.
Rang undang-undang itu, yang antara lain menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, diluluskan sebulat suara.
Persidangan dewan bersambung Rabu.
Bernama
Wed Dec 03 2014

Dayang Madinah Abang Openg berkata, MAS hendaklah juga menyediakan sekurang-kurangnya 50 peratus produk Malaysia dalam senarai 'in-flight shopping items'.
Laporan Ketua Audit Negara dicadang dibahas peringkat DUN
Kerajaan negeri dicadang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.
Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental
Menurut Pakar Psikologi Klinikal, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Hanisa Begam Najib Mohammad tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem seperti mengamalkan diet tidak sihat untuk kelihatan lebih ideal.
Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
Pemuda orang kurang upaya (OKU) yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyenpada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

Masjid, surau di Perak disaran utamakan imam tempatan untuk solat tarawih
Masjid dan surau di Perak amat digalakkan supaya mengutamakan imam tempatan walaupun lazimnya terdapat imam asing termasuk dari Arab Saudi yang dijemput untuk mengimamkan solat tarawih.

PAC syor LHDN lapor status e-invois, permudah pembayar cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaporkan status pelaksanaan e-Invois agar kaedah ini dipermudahkan kepada pembayar cukai dan pada masa yang sa

Kumpulan ketujuh dan terakhir tahanan Palestin dibebaskan
Pembebasan ini melibatkan tahanan yang dihantar ke Ramallah, Baitulmaqdis, Gaza, dan beberapa negara lain, termasuk 45 wanita dan kanak-kanak.

Kadar zakat fitrah di Perak lebih tinggi, ini penjelasan MAIPk
Kadar zakat fitrah di Perak bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada kadar lebih tinggi daripada kebiasaan iaitu RM10, RM16, dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Pekerja kebun sirih didakwa pandu kereta secara berbahaya
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

ASEAN perlu ketepikan dasar perlindungan perdagangan untuk hadapi cabaran global
Negara-negara anggota ASEAN digesa mengurangkan dasar perlindungan perdagangan bagi menjayakan integrasi ekonomi dan perjanjian perdagangan baharu.

Harga siling pelitup muka akan diturunkan lagi di bawah RM1 - Alexander
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan lagi harga siling bagi pelitup muka dibawah RM1.