Malaysia Airlines (MAS) menyasarkan destinasi baharu di rantau ini, khususnya di China dan India, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya.
Beliau berkata syarikat penerbangan nasional itu yakin tentang pertumbuhan dalam pasaran syarikat penerbangan serantau dan akan menawarkan cadangan nilai yang sesuai kepada pelanggan.
"Ternyata, kita perlu mengambil kesempatan daripadanya ekoran persaingan daripada syarikat-syarikat penerbangan lain dan syarikat penerbangan kos rendah," katanya kepada Bernama.
Pada masa yang sama, kata Ahmad Jauhari, syarikat penerbangan komuniti MAS, Firefly, merancang untuk mengadakan penerbangan di lebih banyak laluan ke Indonesia, Singapura dan selatan Thailand.
Kata beliau, MASWings, yang menyediakan perkhidmatan udara di antara Sabah dan Sarawak, sedang mengkaji peluang dalam Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina.
"Kami akan buat pengumuman apabila kami mendapat pesawat dan mengkaji lalu lintas," katanya sambil menambah bahawa MAS perlu bertindak pantas sama ada terdapat permintaan atau tidak.
Ahmad Jauhari berkata dasar langit terbuka Asean yang akan berkuat kuasa pada 2015, mewujudkan persaingan terbuka.
"Dasar ini akan meletakkan syarikat-syarikat penerbangan pada tahap yang sama dan kita tidak lagi terikat kepada dasar-dasar negara. Ia juga akan menggalakkan lebih banyak perjalanan dan persaingan yang baik bagi pengguna," tegas beliau.
Beliau berkata penerbangan harian A380 KL-Paris-KL mulai bulan depan telah menerima sambutan positif.
"Orang lebih suka menaiki A380. Nampaknya, itulah pilihannya," kata beliau.
Mengenai keputusan Air France-KLM untuk mengadakan penerbangan di laluan KL-Paris mulai 23 April, beliau berkata ia bebas melaksanakan rancangannya kerana MAS tidak mempunyai sebarang bentuk perkongsian kod dengannya.
"Kami akan bersaing dengan menunjukkan kami boleh melakukan lebih baik daripadanya," kata beliau.
Ahmad Jauhari berkata MAS mengikut arah yang betul dari segi perniagaan dan cara perniagaan dikembangkan setakat ini.
"Rancangan perniagaan kami nampaknya menunjukkan hasil yang positif, termasuk keputusan suku keempat.
"Semua inisiatif dalam rancangan itu bertujuan meningkatkan pendapatan melalui tambang, produk, perkhidmatan, kekerapan dan destinasi yang sesuai agar dapat menguruskan kos," katanya.
Mengenai perjanjian oneworld, Ahmad Jauhari berkata kesannya akan dapat dirasai tahun ini.
Beliau berkata berdasarkan pengalaman syarikat penerbangan lain, ia positif.
"Mereka menikmati peningkatan beberapa peratusan, bergantung kepada rangkaian, orang dan di mana kita berada," katanya.
Mengenai perniagaan kargo udara, Ahmad Jauhari berkata ia dijangka lebih baik sedikit daripada pasaran lembap tahun lepas.
"Bukan kami sahaja yang bersungut, semua pihak bersungut.
"Perniagaan kargo udara amat bergantung kepada kegiatan ekonomi dan perdagangan terutamanya dari China ke AS atau Eropah dan Asia, dan sebaliknya," kata beliau.
Bernama
Wed Feb 27 2013
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
One Championship: Jojo Ghazali kekalkan 'trademark' berbaju Melayu
Pakaian tradisi, baju Melayu dan samping, kekal menjadi pilihan Johan 'Jojo' Ghazali ketika sesi 'face off' One Championship, semalam.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.
Guru boleh buat kerja sambilan, Tapi perlu kebenaran
Boleh buat kerja sambilan, termasuk membuka kelas tiusyen, tetapi guru perlu dapatkan kebenaran dan tanpa menganggu tugas hakiki.
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.
Malaysia ambil pendekatan seimbang, tidak ikut langkah sekat akses dalam talian
Fahmi berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian.
Individu disyaki salah guna wang pampasan projek balak
SPRM Sarawak reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.
Himpunan rakyat benci rasuah tetap diteruskan - Sekretariat
Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada Sabtu ini tetap diteruskan walaupun pihak polis melarang penganjuran itu.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Sekretariatnya menerusi kenyataan menyifatkan, sekatan itu mengkhianati hak rakyat untuk berhimpun dan mencabuli nilai reformasi seperti diperjuangkan Kerajaan Madani.
Airbus publish promising 20-year forecast figures
Airbus further consolidated its market lead in Asia Pacific in 2017, delivering 367 new aircraft to 50 operators across the region.
UAE siapkan lapangan terbang khas untuk A380
Emeriyah Arab Bersatu, UAE merupakan negara pertama yang mempunyai sebuah lapangan terbang khusus untuk Superjumbo A380.