Malaysia Airlines kini menawarkan lebih banyak kesambungan sehenti yang lebih lancar di antara Kuala Lumpur dengan beberapa bandar utama di Eropah menerusi perluasan kerjasama perkongsian kod dengan Qatar Airways, syarikat penerbangan rakan kongsi dalam perikatan Oneworld.
Semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines, justeru memudahkan urusan tiket kepada satu dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan nasional, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan pada Rabu.
Malaysia Airlines telah menawarkan penerbangan ke Doha, Qatar, melalui perjanjian perkongsian kod sedia ada dengan Qatar Airways, dan berkuat kuasa 27 Jan ini, para penumpangnya boleh menempah tempat duduk ke 12 destinasi tambahan dengan kesambungan sehenti seperti Frankfurt, Munich, Zurich, Vienna, Rom, Madrid, Barcelona, Geneva, Copenhagen, Brussels, Athens dan Oslo.
Menerusi perjanjian perkongsian kod sedia ada, penumpang Malaysia Airlines dapat menempah perjalanan ke 10 destinasi di Amerika Syarikat, termasuk Boston, New York dan Dallas.
"Melalui kerjasama ini, kami akan dapat menyediakan pilihan perjalanan kepada pelancong luar negara serta mempelawa lebih ramai pelancong untuk menikmati keindahan yang ditawarkan Malaysia. Kami mahu berkongsi 'Malaysia Hospitality' dan menyediakan pengalaman berada di Malaysia untuk penumpang kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail.
Penumpang Qatar Airways juga boleh menempah penerbangan Malaysia Airlines ke dua destinasi tambahan di Malaysia, iaitu Sibu dan Alor Setar, serta dua destinasi di Indonesia -- Medan dan Surabaya.
Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker, berkata kedua-dua syarikat penerbangan ini telah menyaksikan manfaat penting yang dibawa menerusi kerjasama perkongsian kod, menyediakan layanan yang tiada tandingan dan kesambungan lancar kepada penumpang sejak 2001.
"Perluasan kerjasama perkongsian kod di antara Qatar Airways dengan Malaysia Airlines adalah langkah seterusnya dalam mengukuhkan lagi perkongsian erat kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020

Penumpang Qatar Airways juga boleh menempah penerbangan Malaysia Airlines ke dua destinasi tambahan di Malaysia, iaitu Sibu dan Alor Setar, serta dua destinasi di Indonesia -- Medan dan Surabaya.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.
ADMM bincang pemusatan ASEAN - Mohamed Khaled
Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kekal sebagai platform penting untuk mempertahankan dan membincangkan pemusatan ASEAN dalam persekitaran global dan serantau yang semakin berkembang.
Negara BRICS berdepan kemungkinan kenaikan 150 peratus Niaga AWANI
Negara-negara anggota BRICS berpotensi menghadapi kenaikan tarif sehinga 150 peratus daripada Amerika Syarikat. Presiden Donald Trump mengeluarkan amaran tersebut selepas mendakwa kesatuan itu cuba menghancurkan Dolar.
Kumpulan 20 harus pupuk kerjasama capai sasaran
Berbaki lima tahun lebih sebelum tarikh akhir 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan Ronald Lamola menekankan peranan kumpulan 20 (G20) dalam memupuk kerjasama mencapai sasaran ini.
Indonesia mahu tarik pelabur di World Expo Osaka 2025
Indonesia berhasrat menarik pelaburan dalam industri pembuatan lestari dengan menyertai World Expo 2025 Osaka pada April depan.
Greece beri amaran, impak terhadap import zon Eropah
Greece memberi amaran tarif baharu Amerika Syarikat ke atas import zon Eropah boleh memberi impak yang signifikan terhadap pertumbuhan ekonomi di rantau itu.
Kekuatan ekonomi domestik kurangkan kesan konflik perdagangan AS
Penurunan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, namun kekuatan ekonomi domestik mampu menjadi penampan kepada kesan negatif tersebut.
Sektor perikanan pemacu ekonomi di Sabah
Sabah terus memperkukuhkan industri perikanan dengan memberi fokus kepada peningkatan rantaian bekalan perusahaan akuakultur selain pemeliharaan ikan melalui pertanian kontrak yang memberi fokus kepada pasaran eksport.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

MAS tawar lebih banyak destinasi menerusi kongsi kod dengan Qatar Airways
Semua perkhidmatan perkongsian kod akan dipasarkan sebagai penerbangan Malaysia Airlines, justeru memudahkan urusan tiket.