Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan dua pelantikan baharu barisan kepemimpinannya iaitu Faridah Hashim sebagai Ketua Komunikasi Korporat dan Laurent Recoura sebagai Ketua Jualannya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, kedua-dua pelantikan itu berkuatkuasa pada 1 Julai dan 29 Jun, 2015.
"Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan pelantikan ahli baharu barisan kepemimpinan yang bakal menyertai kami tidak lama lagi.
"Mereka akan memberi input penting bagi membentuk syarikat penerbangan baharu ini," kata Mueller, dalam satu kenyataan.
Faridah mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang komunikasi korporat serta pengurusan yang akan membantu Malaysia Airlines melaksanakan pelan komunikasi strategik membabitkan pihak berkepentingan syarikat itu.
Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Komunikasi Korporat Axiata Group Bhd.
Recoura yang juga warganegara Perancis, pula bakal berkongsi pengalaman profesionalnya selama 30 tahun dalam industri pelancongan serta penerbangan.
Menerusi kepakarannya dengan tumpuan khusus terhadap kepuasan pelanggan dan strategi jualan menerusi jawatannya sebelum ini, keutamaan Recoura bagi Malaysia Airlines adalah aspek pembangunan dan pelaksanaan kecekapan serta jualan khusus selain interaksi pelanggan dan strategi pengalaman.
Bernama
Wed Jun 17 2015

...

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.
Laporan Ketua Audit Negara dicadang dibahas peringkat DUN
Kerajaan negeri dicadang untuk membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suspek bunuh, buang ibu dalam kumbahan najis disambung reman
Tempoh reman lelaki berusia 29 tahun yang ditahan Selasa lepas itu tamat hari ini dan Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan dia disambung reman hingga 9 Okt ini.

Dilapor hilang, wanita warga emas dijumpai mati dalam lubang najis
Mayat mangsa ditemukan dalam tangki najis di belakang rumahnya oleh seorang lelaki kira-kira jam 2.40 petang dipercayai mati dibunuh.

MAS umum pelantikan Ketua Komunikasi Korporat, Jualan
Ketua Komunikasi Korporat MAS yang baharu ialah Faridah Hashim manakala Laurent Recoura telah dilantik sebagai Ketua Jualan syarikat penerbangan tersebut.