KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
Misi dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Matrade untuk memudahkan pengembangan PKS Malaysia dalam pasaran global.
"Misi dengan objektif utama untuk mempamerkan keupayaan Malaysia dalam industri makanan, minuman dan gaya hidup (fesyen) halal itu diadakan sempena Pameran Malaysia 2023 dari 3 hingga 5 Nov, 2023.
"Usaha itu juga akan membolehkan syarikat Malaysia memasuki pasaran Jepun yang datang pada masa yang sesuai menjelang Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka," menurut Matrade dalam kenyataan pada Jumaat.
Matrade, melalui pejabatnya di Tokyo dan Osaka, akan menyelaraskan satu siri program untuk 16 syarikat Malaysia, termasuk penyertaan dalam Pameran Malaysia 2023, seminar perniagaan serta padanan perniagaan satu dengan satu pembeli Jepun.
Pengarah Seksyen Transformasi dan Perdagangan Digital, Asnor Vidya Nor Azmi berkata agensi itu juga bekerjasama dengan Pusat ASEAN-Jepun dan Pusat Galakan Perniagaan Antarabangsa Osaka untuk menyediakan laluan kepada syarikat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran dan peluang di Jepun.
Jepun ialah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2022, dengan perdagangan dua hala meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM181.51 bilion.
Pada 2022, eksport Malaysia ke Jepun meningkat 29.6 peratus tahun ke tahun kepada RM98.24 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023

Matrade akan bekerjasama dengan Pusat ASEAN-Jepun dan Pusat Galakan Perniagaan Antarabangsa Osaka untuk menyediakan laluan kepada syarikat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran dan peluang di Jepun. - Foto Matrade

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.

Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024
Pempamer Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat jualan bernilai lebih RM402.88 juta.

Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis
"Malaysia Breakfast Business Networking Event" di Paris bertujuan mendalamkan pemahaman sektor awam dan swasta Perancis mengenai landskap ekonomi Malaysia.

Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.