Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantungkannya tahun lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros, berkata langkah itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengeksport produk masing-masing.
"Ia juga merupakan antara pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lepas," katanya.
Mohd Shahreen berkata sejak pelaksanaannya pada 2002, MDG memberi manfaat kepada 7,682 syarikat tempatan yang menembusi pasaran utama eksport Malaysia seperti China, Emiriah Arab Bersatu dan negara anggota ASEAN.
MDG ialah platform yang menyediakan peluang kepada PKS Malaysia untuk memohon geran yang boleh dikembalikan sehingga RM200,000 bagi penyertaan aktiviti promosi eksport iaitu pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan pelaburan, misi pemecut eksport, persidangan antarabangsa selain yuran penyenaraian untuk barangan buatan Malaysia di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.
Sementara itu, Matrade berkata susulan pewujudan semua geran itu, garis panduan baharu diperkenalkan, termasuk syarikat perlu mendaftar atau mengemas kini maklumat masing-masing dengan Matrade menerusi Pendaftar Eksport Malaysia.
"Syarikat juga mesti memiliki entiti perniagaan yang aktif (tidak terpakai kepada syarikat kurang dari setahun)," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 06 2018

MDG menyediakan peluang kepada PKS untuk memohon geran yang boleh dikembalikan bagi penyertaan aktiviti promosi eksport serta yuran penyenaraian untuk barangan buatan Malaysia di pasar raya, pasar raya besar dan pusat runcit di luar negara.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered
Secara amnya perkembangan itu akan hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).

Kemasukan Malaysia dalam senarai manipulator mata wang mungkin helah Washington - Pakar
Ia dijangka tidak memberi kesan ketara memandangkan negara ini memiliki dasar perdagangan yang baik, reputasi ekonomi, serta keseimbangan luaran yang besar.

Matrade wujudkan semula geran pembangunan
Matrade mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantungkannya tahun lepas.