ISKANDAR PUTERI: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Johor menyasarkan untuk menjana jualan sebanyak RM8 juta menerusi pameran MATTA yang berlangsung dari 10 hingga 12 Mac depan.
Timbalan Pengerusinya Kathryn Lee berkata pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dijadual hadir untuk merasmikan pameran tersebut.
"Sebanyak 80 ruang pameran disediakan. Pelbagai pakej ditawarkan, bukan sahaja menawarkan pakej tiket penerbangan dan taman tema...kami turut menawarkan pakej Umrah kerana mendapat sambutan menggalakan," katanya kepada pada sidang media di sini pada Khamis.
Kathryn berharap menerusi pameran pelancongan itu ia dapat terus membantu memulihkan dan melonjakkan lagi sektor pelancongan negara.
Pameran MATTA Johor pada tahun lepas mencatatkan jualan sebanyak RM5 juta dan berjaya menarik kira-kira 9,000 pengunjung.
Menurut Kathryn antara destinasi popular yang menjadi pilihan pada tahun lepas adalah Johor, Langkawi, Penang, Perak dan Sabah manakala destinasi luar negara ialah Turkiye, Saudi Arabia, Thailand, Korea dan Vietnam.
Orang ramai perlu mengambil peluang ini dan pada masa sama dinasihati untuk membeli pakej daripada agensi pelancongan berdaftar bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan (scammer).
"Setiap bulan kami ada menerima aduan, jadi lebih selamat membeli pakej dengan agensi pelancongan berdaftar kerana lebih telus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia
Pelancong Malaysia yang melawat Taiwan yang meningkat hampir 20 peratus sejak awal tahun kini hingga Mei lalu sekali menyerlahkan komitmen negara itu menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim.

Malaysia Airlines jangka penghantaran lima pesawat A330neos menjelang suku pertama 2025
Malaysia Airlines menjangkakan penghantaran lima pesawat Airbus A330neo menjelang suku pertama 2025, selepas ketibaan A330neo pertamanya bulan depan.

MAG pamer inovasi kembara tercanggih, rai perpaduan di MATTA Fair 2024
Melangkah ke dalam keterujaan di Arena MAG, nikmati potongan tambang penerbangan sehingga 30 peratus dan berpeluang memenangi tiket Kelas Perniagaan ke London!

MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.

Sabah jana jualan pakej pelancongan hampir RM3 juta menerusi pameran MATTA 2024
Pameran MATTA dari 22 hingga 24 Mac lepas menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk pelancongan Sabah yang pelbagai.

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MATTA Fair: Johor sasar jualan RM8 juta
Pameran MATTA di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru itu dijangka menarik 5,000 hingga 8,000 pengunjung.

Bajet 2023: Promosi pelancongan negara perlu libatkan pelbagai pihak
Libat urus ini bukan sahaja hanya melibatkan satu atau dua agensi semata-mata, tetapi perlu lebih menyeluruh membabitkan ramai pihak pelbagai latar belakang.

'Mood' melancong kian rancak, rakyat Malaysia mula rancang percutian hujung tahun
Rakyat Malaysia dilihat sibuk merancang percutian dalam dan luar negara, mungkin bagi meredakan tekanan selepas melihat banyak perkara terjadi di dalam negara.

Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.