Maxis Bhd telah memperuntukkan setengah bilion ringgit sepanjang tiga tahun depan untuk mengaktifkan perkhidmatan 4G Long Term Evolution (LTE) sebagai sebahagian daripada pelaburan jaringan berterusan.
Perkhidmatan Maxis 4G LTE akan menawarkan kelajuan lebih 10 kali ganda daripada 3G dan akan seiring dengan jaringan 3G sedia ada.
"Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang akan menyelesaikan percubaan luar menyeluruh LTE," kata ketua pegawai eksekutif Sandip Das dalam satu kenyataan Selasa.
"Kami telah membuat percubaan 4G LTE selama dua tahun dan menjalankan ujian LTE yang meluas dalam persekitaran jaringan sebenar menggunakan peranti komersil untuk memastikan pengguna boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar yang lancar di mana sahaja mereka berada.
"Kini kami bersedia untuk melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia dan teruja untuk melancarkan jaringan ini di pelbagai bahagian negara sepanjang beberapa tahun akan datang," katanya.
Syarikat itu adalah syarikat yang pertama yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan 4G LTE dalam percubaan mesra pengguna kini dijalankan bersama pelanggan-pelanggan terpilih.
Jaringan 3G/High Speed Packet Access plus (HSPA+) syarikat itu kini menyediakan kelajuan sehingga 21 megabait sesaat (Mbps) dan meliputi 81 peratus populasi daripada 5,200 tapak.
Bernama
Tue Dec 11 2012
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Menara isyarat telekomunikasi baharu dibina di utara Afghanistan
Ia akan membolehkan penduduk yang tinggal di Wakhan dan sekitarnya mendapat akses kepada perkhidmatan suara dan data 3G.

SKMM jangka tutup rangkaian 3G sepenuhnya bulan depan
Perkhidmatan liputan 4G di negara ini akan ditambah baik dalam memastikan mutu perkhidmatan rangkaian itu mampu memuaskan hati pelanggan.

Peta Jendela kini boleh diakses menerusi Portal Jendela
Secara umumnya, Peta Jendela mempunyai tiga fungsi utama yang merangkumi peta liputan, maklum balas pengguna, dan status maklum balas.

6.7 juta premis lulus bagi gentian optik peringkat kedua Jendela - MCMC
Sebanyak 5.7 juta premis telah diluluskan untuk gentian optik bagi peringkat kedua Jendela.

Harga perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi menurun 49 peratus - SKMM
Kejayaan itu hasil inisiatif yang dijalankan kerajaan pada tahun lepas bagi menurunkan harga jalur lebar iaitu Kelajuan Berganda Pada Separuh Harga.

Kerajaan tingkatkan kelajuan internet secara berterusan
Kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi.

iPhone 5 buka ruang buat pelanggan Maxis
Pelancaran iPhone 5 membuka ruang kepada pelanggan Maxis untuk menyambung rangkaian 2G, 3G serta 4G yang akan dilancarkan.
Maxis peruntukkan setengah bilion untuk 4G LTE
Perkhidmatan Maxis 4G LTE akan menawarkan kelajuan lebih 10 kali ganda daripada 3G dan akan seiring dengan jaringan 3G sedia ada.