Ringkasan AI
- Gangguan perkhidmatan sistem Maybank pada 8 dan 15 Februari 2025 dari jam 3.00 hingga 7.00 pagi.
- Perkhidmatan terjejas termasuk DuitNow Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit, dan QRPay.
- Platform terjejas termasuk Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM.
Terdapat beberapa perkhidmatan dan platform utama yang tidak dapat diakses bermula dari jam 3 hingga 7 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.
Ia merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow Overseas Transfer, JomPay, Instant Transfer, MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO (IBG), FPX, Direct Debit dan QRPay.
Sementara itu, platform-platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Bagi mengurangkan sebarang kesulitan dalam tempoh ini, sila lakukan transaksi anda terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut atau bantuan, boleh menghantar email bertulis ke [email protected] atau hubungi di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). -Amanz