Membangunkan kumpulan modal insan terlatih bagi memenuhi cabaran dalam bidang kepakaran tertentu serta menambah baik perniagaan, wajar menjadi objektif sesebuah organisasi yang mahu berjaya dalam perniagaannya.
Inilah yang dilakukan oleh Malayan Banking Berhad (Maybank), bank utama Malaysia.
Strategi ini dilaksanakan di cawangan Maybank New York, dengan sekumpulan sembilan penuntut Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Maybank Nora A. Manaf, berhimpun pada Jumaat 'untuk mendengar dan didengari'.
Dalam perbincangan antara Nora dan penuntut terbabit, kedua-dua pihak memahami kehendak masing-masing: apa yang dikehendaki oleh bank dan mengapa mereka perlu meneruskan minat dalam bidang yang mereka pilih, malah idea dan tanggapan mereka untuk menyumbang kepada kejayaan bank secara menyeluruh.
Pertemuan itu berjaya seperti yang disuarakan oleh seorang penuntut – satu perbincangan yang sangat sihat dan memberi manfaat bersama.
Sembilan penuntut berkenaan, yang merupakan calon terbaik di Malaysia, kini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian di Amerika Syarikat dengan pembiayaan Maybank.
Mereka akan diambil sebagai pekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian, tertakluk kepada kesesuaian.
"Kami memilih 50 terbaik daripada kira-kira 10,000 permohonan untuk menerima biasiswa Maybank," kata Nora dalam tembu bual dengan Bernama di sini.
Nora berkata walaupun tumpuan utama program itu untuk membangunkan pasukan modal insan khususnya di Malaysia, bank itu juga membantu calon terbaik dari ASEAN.
"Semua orang kini melihat komuniti ASEAN sebagai pusat kewangan akan datang. Oleh itu, perlu ada pihak yang memainkan peranan sebagai peneraju. Berikutan anjakan paradigma global ke Asia Pasifik, tindakan perlu dilaksanakan sekarang.
"Kami cuba mewujudkan warga global di Maybank. Sudah pasti kami juga boleh belajar dari Amerika Syarikat, sebagai contoh, dalam perkhidmatan pelanggan. Namun kualiti paling penting yang kami ingin lihat dalam kalangan warga Maybank ialah integriti mutlak. Ini juga penting untuk imej domestik (Malaysia) dan antarabangsa kami. Kami mempunyai operasi di 20 negara," katanya.
Selain mengekalkan kehadiran yang kukuh di 10 negara anggota ASEAN, Maybank mempunyai cawangan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia Utara dan India.
"Kami juga akan membuka pusat IT di Bangalore, India yang sepatutnya beroperasi menjelang tahun akhir tahun," katanya.
Menurut Nora, Maybank bukan sahaja berperanan untuk membuat wang. Ia mempunyai tanggungjawab sosial yang padu dan mahu 'menginsankan' pengurusannya.
Beliau memberi contoh 'ah long' di Malaysia yang akan terus mencengkam penghutang untuk terus berada dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.
"Kami mendidik pengguna untuk hidup dalam keadaan mampan selama-lamanya, sebagai contoh, melalui langkah seperti pertanian bandar yang mengajar orang ramai cara untuk terus hidup walaupun di bandar raya besar, menerusi projek tanaman makanan sendiri secara kecil-kecilan," kata Nora.
Haiqal Razak, seorang pelajar dari Kuala Lumpur yang berada dalam kumpulan itu, mengambil bidang ekonomi di peringkat ijazah di Seattle. Beliau mengikuti latihan amali di Maybank semasa cuti musim panas.
"Saya teruja dan kagum dengan peluang yang saya terima daripada Maybank," katanya.
Nora juga menunjukkan satu lagi peluang yang disediakan oleh Maybank dalam menyokong dan menaja aktiviti bukan konvensional.
Walaupun banyak syarikat dan bank menaja acara sukan seperti tenis, bola sepak, besbol, dan lain-lain, Maybank baru-baru ini menaja sukan yang berbeza – 'skateboarding' yang diterima sebagai sukan acara yang tersendiri pada Sukan Olimpik 2020.
Mohd Izman Jas, pemain papan peluncur Malaysia – pakar dalam perlumbaan menurun bukit atau cerun – ditaja oleh Maybank.
Jas yang turut hadir pada sesi Maybank New York dengan sekumpulan peluncur Amerika, menunjukkan perlumbaan beliau kepada pelajar melalui klip video.
Beliau akan mengambil bahagian dalam acara 'Soldiers of Downhill Race' yang akan berlangsung di Bainbridge, Ohio dari 7 hingga 9 Okt.
"Kami namakan perlumbaan ini sebagai 'Human Formula-1' yang menghimpunkan peluncur terbaik menuruni bukit," kata Jas.
Jas mengaku kesukarannya untuk mendapatkan tajaan daripada sumber-sumber lain, dan hanya Maybank bersetuju selepas mendengar rancangan saya.
"Saya berterima kasih kepada Maybank," katanya.
Sementara itu, Nora berkata Maybank memberi tumpuan penting kepada Hari Tanggungjawab Korporat Global.
Setelah tamat pengajian, pelajar akan mengikuti Pelan Graduan Global, melalui latihan yang ketat dalam tempoh tiga tahun.
"Kehadiran saya di sini hari ini adalah untuk menilai prestasi mereka selain memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini Maybank dan mendapatkan maklum balas dan idea daripada mereka," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016
![Maybank New York anjur 'Maybankers' untuk penuntut Malaysia Maybank New York anjur 'Maybankers' untuk penuntut Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437382832_MAYBANK.jpg)
Sembilan penuntut Malaysia di Amerika Syarikat yang ditaja oleh Maybank berhimpun di New York Jumaat lalu untuk satu sesi perbincangan tentang pengajian mereka. - Astro AWANI/Fail
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
Hamas henti bebas tebusan, dakwa Israel langgar perjanjian
Hamas pada Isnin umum akan menghentikan pembebasan tebusan Israel sehingga notis lanjut susulan dakwaan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel di Gaza.
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739229729_RecepTayyipErdoan.jpg)
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
![Maybank New York anjur 'Maybankers' untuk penuntut Malaysia Maybank New York anjur 'Maybankers' untuk penuntut Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437382832_MAYBANK.jpg)
Maybank New York anjur 'Maybankers' untuk penuntut Malaysia
Sembilan penuntut Malaysia di Amerika Syarikat yang ditaja oleh Maybank berhimpun di New York Jumaat lalu untuk satu sesi perbincangan.