Maybank akan menyuntik modal US$100 juta bagi mempercepatkan pertumbuhannya di Filipina yang mana ia lihat akan terdapatnya permintaan yang menggalakkan untuk perkhidmatan kewangan di negara ini dalam beberapa tahun akan datang.
Pengumuman itu dibuat serentak dengan pelancaran ibu pejabat korporat baharu Maybank Filipina di sini oleh Perbendaharaan Negara Filipina, Rosalia De Leon Jumaat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, modal itu akan digunakan untuk mengukuhkan lagi francaisnya dalam menyokong pertumbuhan kerancakan ekonomi serta meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan dalam lingkungan Asean.
Maybank telah melabur US$48 juta untuk ibu pejabat yang dikenali sebagai "Pusat Korporat Maybank" yang terletak di Bonifacio Global City, iaitu pusat komersil yang paling pesat berkembang pada masa ini di Filipina.
Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, yang bercakap pada majlis pelancaran itu berkata, bank telah mengambil pendekatan tidak terlalu menonjol untuk lebih 15 tahun, dan sekarang merupakan masa yang amat sesuai untuk "the tiger go on the move".
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan CEO Maybank Philippines Incorporated (MPI), Herminio Jun Famatigan dan Presiden dan CEO Maybank ATR Kim Eng, Manuel Tordesillas.
Pusat setinggi lima tingkat itu dengan ruang lantai 3,840 meter persegi, akan menempatkan kesemua unit perniagaan MPI yang sebelum ini terletak di Manila dan Taguig.
Maybank telah lama menyifatkan Filipina sebagai satu lagi kawasan pertumbuhan yang berpotensi di rantau Asia Pasifik dan Megat Zaharuddin berkata dalam tahun 2010, bank komersil terbesar di Malaysia itu, telah melabur US$50 juta bagi mengembangkan rangkaian perbankannya di dalam negara.
Terdahulu, di dalam persidangan akhbar, Abdul Wahid memberitahu yang Filipina telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh iaitu 6.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2012.
"Dengan jangkaan rentak pengembangan yang mapan dalam tempoh beberapa tahun akan datang serta pertumbuhan KDNK untuk tahun 2013 sahaja dianggarkan enam hingga tujuh peratus, kami melihat permintaan yang signifikan untuk perkhidmatan kewangan yang Maybank dan anak syarikatnya, Maybank ATR Kim Eng, boleh penuhi di dalam negara," tambah beliau.
Maybank telah beroperasi di Filipina menerusi MPI sejak 1997, dan pada tahun 2011, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pelaburan perbankan dan broker saham di negara itu melalui ATR Kim Eng selepas ia menguasai Kim Eng Holdings.
Bernama
Fri Jan 25 2013
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina 4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738834040_mayat.jpg)
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
![Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737770139_SouthChinaSea.jpg)
Pengawal Pantai China pantau aktiviti penghantaran bekalan semula Filipina di Ren'ai Jiao
Jurucakap CCG Liu Dejun berkata misi penghantaran bekalan semula tersebut dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada pihak China.
![Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737611905_TBEARTHQUKAE.jpg)
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
![Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737477046_DatukSeriTiongKin.jpg)
Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.
![Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735344694_TBAFC.jpg)
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
![Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733988046_GunungBerapiKanlao.jpg)
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732795740_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
![Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734822240_tbASEANCHAMPIONSHIP.jpg)
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
![Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734498769_TBMaryJaneVeloso.jpg)
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
![Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734308614_KanlaonVolcanoMou.jpg)
Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.