Maybank, Top Glove dan Public Bank merupakan syarikat terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran setakat hari ini.
Maybank, bank terbesar negara dengan permodalan pasaran RM88.6 bilion, sememangnya sentiasa berada di puncak dengan wajaran indeks (CI) komposit 11.15 mata, diikuti Public Bank dengan wajaran CI 8.76 mata.
Public Bank yang terkenal dengan dana bersama mempunyai permodalan pasaran RM69.5 bilion setakat semalam.
Bagaimanapun, kemunculan pandemik COVID-19 telah merubah dengan Top Glove, yang pernah berada di tangga bawah FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), kini mengambil tempat Public Bank, menjadi syarikat permodalan pasaran kedua terbesar di Bursa Malaysia.
Menurut data Bloomberg, syarikat pembuat sarung tangan itu kini mempunyai permodalan pasaran RM70.45 bilion, dengan wajaran CI pada 8.87 mata; menyaksikan purata 52 minggu RM4.21-RM26.30.
Saham Top Glove, pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu telah melonjak lebih 450 peratus setakat tahun ini, disokong oleh permintaan luar biasa dari negara seluruh dunia ekoran meningkatnya jumlah kes COVID-19.
Ini, meskipun selepas Kastam AS menempatkan anak-anak syarikatnya, Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd dalam senarai sekatan "Withhold Release Order".
Sementara kaunter sarung tangan memperlihatkan lonjakan luar biasa, kaunter-kaunter perbankan sebaliknya, terus tertekan ekoran data inflasi yang tinggi serta peningkatan dalam kadar pengangguran, yang boleh menjuruskan kepada senario pinjaman tidak berbayar yang tinggi.
Bagaimanapun, adalah penting untuk diketahui bahawa bank-bank mempunyai asas dan penampan yang kukuh untuk melindungi sektor itu daripada tekanan tambahan ekoran COVID-19.
Menurut Bank Negara Malaysia, bank-bank Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding ketika berlakunya Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis Kewangan Global 2008-2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
Menurut Bank Negara Malaysia, bank-bank Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding ketika berlakunya Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis Kewangan Global 2008-2009. - Astro AWANI
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
Ringgit diunjur cecah 4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025 - Stanchart
Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
Ringgit bergerak pada hala tuju betul, ceminkan asas ekonomi - BNM
Ringgit bergerak dalam hala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Pertumbuhan kredit sektor swasta bukan kewangan naik 5.2 peratus pada November
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pertumbuhan dalam pinjaman perniagaan kekal pada 5.4 peratus.