KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d yang akan dilancar Khamis ini bakal menambah baik dengan ketara perkhidmatan internet dan kadar ketersambungan capaian Internet terutamanya di kawasan luar bandar.
Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) Yau Chyong Lim berkata perkara itu membolehkan pihaknya mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi antaranya Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Internet Kebendaan (IoT) dan teleperubatan.
"Menerusi MEASAT-3d dan perkhidmatan CONNECTme NOW, kami menyasarkan untuk mengisi kelompangan jalur lebar di lokasi-lokasi yang tidak mempunyai liputan mudah alih 4G, 5G atau fiber di Malaysia bagi menyediakan akses Internet kepada populasi yang terpinggir," katanya kepada Bernama.
Yau berkata MEASAT-3d akan dilancarkan dari European Spaceport di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Selatan dan kerajaan Malaysia akan diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.
Bersempena pelancaran itu, beliau memaklumkan satu majlis istimewa akan dianjurkan di ibu negara bagi membolehkan para jemputan menonton pelancaran itu secara langsung dan ia dijangka dihadiri tetamu kehormat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Yau berkata pelancaran MEASAT-3d dijayakan dengan sokongan K-KOMM, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Menurutnya pihak MEASAT menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran akses Internet 100 peratus menjelang 2025 melalui pelan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan melalui sasaran Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk mendigitalkan negara.
"Dalam jangka masa panjang, ia menjanjikan untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tinggal di kawasan paling terpencil di negara ini," katanya.
Yau memaklumkan MEASAT-3d akan memastikan pertumbuhan berterusan dan kesinambungan perkhidmatan untuk penyiar terkemuka dunia serta televisyen satelit Direct-to-Home (DTH) kepada lebih 20 juta isi rumah di seluruh Malaysia, Indonesia dan India.
Katanya pemilik satelit berkenaan ialah MEASAT, iaitu syarikat tempatan milik penuh warga Malaysia, namun keupayaan perkhidmatan MEASAT-3d adalah luas, iaitu meliputi kawasan Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Selatan.
Yau berkata satelit MEASAT-3d, iaitu satelit baharu dan canggih milik MEASAT setakat ini dianggarkan membelanjakan kos RM1.2 bilion.
"MEASAT-3d akan menyertai MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5?E yang menyediakan peningkatan dan lebihan kapasiti untuk perkhidmatan DTH Astro, serta perkhidmatan penyiaran, telekomunikasi dan Internet jalur lebar. Satelit MEASAT-3d mempunyai jangka hayat 18 tahun," katanya.
MEASAT-3d menggunakan model satelit 'Eurostar E3000 geostationary satellite' yang dibina oleh Airbus Defence and Space. Airbus adalah perintis global dalam industri aeroangkasa dan beroperasi dalam sektor pembuatan pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan angkasa lepas).
Yau berkata dengan menggunakan kapasiti 'High Throughput Satellite' pada MEASAT-3d, MEASAT berupaya meningkatkan daya pemprosesan kapasiti jalur lebar mereka sebanyak 10 kali ganda kepada 30 gigabit per saat (Gbps), sekali gus membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada ketersambungan di darat.
"Internet kelajuan tinggi akan ditambah baik daripada kelajuan muat turun 30 megabit per saat (Mbps) ketika ini kepada 100 Mbps, membolehkan pengguna menstrim kandungan tinggi data seperti video 4K atau 8K.
"MEASAT-3d akan dapat merapatkan jurang digital di kawasan yang tidak diliputi teknologi mobil 4G atau 5G atau gentian di Malaysia," katanya.
Menurut Yau MEASAT-3d boleh dimanfaatkan untuk menawarkan perkhidmatan data, suara dan video kepada tiga hingga lima peratus populasi (atau kira-kira dua juta rakyat) yang masih belum mempunyai sambungan gentian atau jalur lebar tanpa wayar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

MEASAT-3d akan dilancarkan dari European Spaceport di Kourou, French Guiana yang terletak di Amerika Selatan. - Gambar hiasan/measat.com
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Isyarat pertama MEASAT-3d berjaya diterima
Ini sekali gus menandakan pelancaran satelit itu berjaya sepenuhnya.

MEASAT-3d mampu tingkat keupayaan capaian internet di bandar, sub-luar bandar - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin pelancaran satelit MEASAT-3d akan meningkatkan keupayaan capaian internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar.

WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d
Biarpun tidak berada di Kouru, French Guaina, Amerika Selatan, orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini tetap teruja untuk menyaksikan pelancaran satelit MEASAT-3d awal pagi ini.

Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.

MEASAT-3d : Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo
Malaysia tidak boleh berfungsi secara silo dalam memastikan semua penduduk mendapat akses kepada jaringan perhubungan antara satu sama lain.

MEASAT-3d bakal tingkat faktor kebolehpercayaan, tampung lebih ramai pengguna
Melalui pelancaran satelit ini membolehkan penduduk di pedalaman menikmati rangkaian yang stabil.

MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa
Pendedahan terhadap ilmu aeroangkasa adalah sesuatu yang perlu dilihat secara serius dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

MEASAT-3d pelengkap usaha telco sedia jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh negara
Satelit MEASAT-3d akan melengkapkan lagi usaha syarikat telekomunikasi tempatan sedia ada menyediakan perkhidmatan ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi.

MEASAT-3d bakal tambah baik perkhidmatan internet negara
Ia membolehkan MEASAT mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi