Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk campur tangan dalam isu berkaitan langkah baharu yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa pada 1 Jan, 2017.
Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata surat serta dokumen rasmi berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada Selasa.
Jelasnya, hampir semua industri tidak berpuas hati kerana kerajaan tidak membincangkan dasar itu terlebih dahulu sebelum ia dikuatkuasakan.
"Dasar ini merupakan satu kejutan kerana kami tidak lihat bagaimana ia boleh memberi sebarang manfaat kepada ekonomi. Ia (juga) tidak mesra perniagaan manakala pengumumannya pula dibuat dalam masa sehari tanpa melibatkan penggiat industri (terlebih dahulu) serta tiada sebarang tempoh penangguhan yang diberikan.
"Kami tidak bersetuju dengan dasar ini kerana kosnya bukan sahaja ditanggung oleh kami sebagai majikan, tetapi juga para pengguna," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama 159 penggiat industri di sini, pada Selasa.
Pada 31 Disember lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Jan 2017 di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC).
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata EMC bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digaji bermula daripada peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal.
Mengulas lanjut, Shamsuddin menegaskan tenaga pekerja asing itu amat diperlukan kerana membabitkan aspek sumber manusia yang tidak dapat ditampung oleh rakyat tempatan.
"Pihak industri yang lazimnya menggaji pekerja asing adalah majikan yang bukan menjadi pilihan rakyat tempatan.
"Atas alasan inilah majikan tiada pilihan kecuali memilih pekerja asing bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Kebangsaan Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong turut membantah dasar baharu itu yang disifatkannya menyebabkan majikan lebih berisiko untuk kehilangan pekerja asing yang sah.
"Oleh kerana ia hanya menambah kos kepada perniagaan untuk mengambil khidmat pekerja asing yang sah, maka lebih ramai pekerja asing tanpa izin akan mula masuk (ke negara ini).
"Akibatnya, objektif untuk memudahkan pengurusan (pengambilan) pekerja asing menerusi langkah ini sebaliknya akan gagal," kata Kang.
Sehubungan itu, jelasnya, para penggiat industri mahu Perdana Menteri meneliti isu itu seberapa segera dan mengekalkan sistem sebelum ini yang mana levi itu dibayar oleh pekerja asing menerusi potongan gaji.
Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) berkata ia menghargai usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah pekerja melarikan diri, bekerja secara haram dalam sektor lain serta tinggal melebihi tempoh ditetapkan.
Namun, jelas Presidennya, Datuk Soh Thian Lai, sebarang penguatkuasaan langkah alternatif untuk menjimatkan tenaga pekerja secara sistem pengautomatikan adalah tidak wajar pada masa ini berikutan ketidaktentuan pasaran serta penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Malah, katanya, industri itu turut berdepan persekitaran perniagaan yang mencabar sejak beberapa tahun lepas.
"Sebarang kos tambahan yang diberi kepada pengguna akan hanya mewujudkan tekanan inflasi kepada golongan itu atau menjejaskan lagi perniagaan," katanya.
Menurutnya, sebarang dasar mengejut seperti EMC itu juga akan menjejaskan aspek daya saing serta kemajuan industri. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
Menurut MEF, hampir semua industri tidak berpuas hati kerana kerajaan tidak membincangkan dasar itu terlebih dahulu sebelum ia dikuatkuasakan. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.
MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.
MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.
Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.
Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.