KUALA LUMPUR: MIDF Research kami menjangkakan akan terdapat sedikit penurunan dalam tahap pengeluaran tandan buah segar (TBS) FGV Holdings Bhd (FGV) disebabkan oleh cuaca yang tidak baik serta bilangan pekerja yang tidak stabil.
Dalam nota penyelidikannya, MIDF Research berkata, pihaknya tidak membuat sebarang pelarasan pada ramalan TK21, TK22 dan TK23 kerana FGV tidak menghasilkan sebarang kejutan yang ketara.
"Kami bagaimanapun mengekalkan harga sasaran FGV pada RM2.20," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Tambah MIDF Research, Kumpulan itu dilaporkan merancang untuk mengambil 7,000 pekerja asing yang merupakansebahagian daripada 32,000 pekerja yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan mereka dijangka menyertai FGV pada suku pertama tahun kewangan 2022 (1QFY22).
"Kami ambil perhatian bahawa proses untuk membawa masuk pekerja asing ke Malaysia akan menjadi lebih lama kerana 7,000 pekerja ini semuanya adalah pekerja baharu," katanya.
FGV mencatatkan pendapatan sebanyak RM706.7 juta pada 9MFY21 berbanding RM19.0 juta pada tahun sebelumnya dengan margin yang lebih tinggi dalam segmen perladangan dan gula.
Ia melebihi jangkaan MIDF Research dan konsensus, menyumbang lebih 100% daripada anggaran pendapatan FY21 tahun penuh masing-masing disebabkan oleh pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan daripada segmen perladangannya.
Firma penganalisis itu berkata, pihaknya meramalkan prestasi kewangan FGV yang lebih baik bergerak ke hadapan didorong oleh 2 faktor iaitu harga minyak sawit mentah (MSM) yang menggalakkan dan prestasi yang lebih baik daripada segmen gulanya.
Secara keseluruhan, bagi tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2021, FGV mencatatkan keuntungan operasi suku tahunan tertinggi sejak penyenaraian syarikat sebanyak RM636 juta berbanding RM322 juta pada suku yang sama sebelumnya.
Sektor Perladangan FGV, perniagaan utama kumpulan yang membentuk majoriti perniagaannya menyaksikan prestasi positif pada suku ketiga dengan jumlah keuntungan operasi sebanyak RM585 juta dengan pendapatan sebanyak RM4.68 bilion, masing-masing meningkat sebanyak 56% dan 41% didorong oleh harga MSM yang lebih tinggi dan jumlah baja yang lebih baik.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Dec 02 2021

Prestasi kewangan FGV yang lebih baik bergerak ke hadapan didorong oleh 2 faktor iaitu harga MSM yang menggalakkan dan prestasi yang lebih baik daripada segmen gulanya. - Gambar hiasan

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Kerajaan digesa pertimbang kos pengeluaran MSM dalam semakan levi untung luar biasa
Pihaknya juga minta kerajaan semak penggandaan bagi pengiraan kadar levi kepada 3.0 peratus daripada 1.5 peratus untuk Sabah dan Sarawak.

Genting Plantations catat keuntungan bersih tinggi sebanyak RM471.42 juta pada 2022
Kumpulan itu mengisytiharkan dividen akhir 4.0 sen sesaham biasa bagi Tahun Kewangan 2022 dan dividen khas 15.0 sen sesaham biasa.

MIDF Research jangkakan penurunan dalam pengeluaran tandan buah segar FGV
Pihaknya tidak membuat sebarang pelarasan pada ramalan TK21, TK22 dan TK23 kerana FGV tidak menghasilkan sebarang kejutan yang ketara.

Boustead Plantations catat untung bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan 2020
Boustead Plantations Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih RM42.95 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

TH Plantations catat untung bersih RM13.99 juta bagi tahun kewangan 2020
TH Plantations Bhd (THP) kembali mencatatkan keuntungan dengan meraih untung bersih RM13.99 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

FGV jangka catat prestasi baik pada suku kedua berikutan peningkatan FFB
Bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020 kerugian bersih FGV meningkat kepada RM142.34 juta berbanding kerugian bersih RM3.37 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pengeluaran tandan buah segar Felda mengatasi purata kebangsaan
Megat Zaharuddin berkata, agensi kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 24 tan sehektar pada asas tahunan untuk industri perladangan.