KUALA LUMPUR: MIDF Research menyemak semula unjuran kadar inflasi keseluruhannya pada 2024 kepada 2.7 peratus daripada 3.2 peratus sebelum ini berikutan jangkaan fasa pelaksanaan subsidi bahan api bersasar secara berperingkat dan pertumbuhan harga makanan yang sederhana.
Menurut firma penyelidikan itu, pihaknya menjangka pelancaran subsidi bahan api bersasar akan bermula pada suku keempat tahun ini, menyemak semula unjuran awal pelaksanaan pada Jun.
"Kami berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Awal hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan kadar inflasi negara kekal pada 1.8 peratus pada April 2024 untuk bulan ketiga berturut-turut.
MIDF Research berkata dalam tempoh empat bulan pertama 2024, kadar inflasi keseluruhan pada purata 1.7 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2023 manakala inflasi bukan makanan pada 1.5 peratus (2023: 1.3 peratus) dan inflasi makanan pada 1.9 peratus (2023: 4.8 peratus).
Purata kadar inflasi teras berada pada 1.8 peratus (2023: 3.0 peratus).
Sementara itu, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) negara melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan pada Mac 2024 berikutan kadar inflasi input yang meningkat sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun.
Susulan kenaikan harga minyak global, kos input bahan mentah naik sebanyak 7.4 peratus tahun ke tahun, yang merupakan peningkatan paling pesat sejak Julai 2022.
"Pada masa depan, kami menjangka IHPR akan berada pada aliran meningkat, terutamanya melalui bahan perantara dan bahan api serta pelincir berikutan mekanisme subsidi diesel bersasar yang dijangka bermula pada Jun 2024," katanya.
Sementara itu, menurut OCBC Bank, dengan inflasi keseluruhan setakat ini pada purata 1.7 peratus tahun ke tahun, terdapat risiko terhadap unjuran purata inflasi keseluruhan tahun penuh 2024 sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun.
"Sehubungan itu, tempoh dan mekanisme rasionalisasi subsidi bahan api bersasar perlu diperjelaskan," katanya.
Menilai kedudukan fiskal negara, OCBC berkata selepas mengambil kira langkah-langkah yang diumumkan, dilaksanakan dan yang sedang dirancang, defisit fiskal dilihat lebih kecil sebanyak 0.5 mata peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini berbanding 2023.
"Subsidi diesel, jika dilaksanakan pada Jun dan bergantung kepada mekanisme, boleh menjimatkan 0.1 peratus daripada KDNK pada 2024, subsidi elektrik dijangka menjimatkan 0.2 peratus daripada KDNK manakala langkah-langkah cukai baharu dijangka menjana 0.2 peratus daripada KDNK," katanya.
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada tahun ini daripada 5.0 peratus pada 2023.
Menurut OCBC, konsolidasi fiskal jelas berada di landasan yang tepat tetapi masih perlu dilihat sama ada sasaran defisit dapat dicapai.
Mengenai Kadar Dasar Semalaman, katanya Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasarnya tidak berubah pada 3.00 peratus sepanjang tahun ini.
"Butiran rasionalisasi subsidi bahan api menunjukkan kerajaan ingin mengawal kesan inflasi.
"Risikonya, walaupun kecil, adalah jika tekanan inflasi berterusan dan meluas, kenaikan kadar mungkin kembali dibincangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta

Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.

Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.

Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.

Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).

Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.