KUALA LUMPUR: MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Bagaimanapun, ia berkata, masih banyak yang perlu diperjelaskan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan perkara tersebut dalam tempoh dua minggu akan datang dengan kerajaan negeri.
Firma penyelidikan itu berkata kerajaan persekutuan bersetuju agar laluan pertama LRT Pulau Pinang bermula dari Bayan Lepas ke Komtar dengan pelaksanaan dan perkara lain akan diperincikan kemudian.
"Memandangkan kerajaan persekutuan (membiayai) LRT Pulau Pinang, kerajaan negeri sedang menimbang untuk mengurangkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) atau menangguhkannya.
"Berdasarkan perkembangan baharu ini, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara kerajaan persekutuan dan negeri, dan juga rakan kongsi pelaksana projeknya SRS Consortium Sdn Bhd, yang 60 peratus dipegang oleh Gamuda dan baki 40 peratus oleh Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd," katanya dalam satu nota penyelidikan.
MIDF berkata pandangan positifnya terhadap sektor itu juga disokong oleh peruntukan RM1.2 bilion untuk pembangunan sosioekonomi di Negeri Sembilan dan perbincangan dengan rakan kongsi berpotensi mengenai kebolehlaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) bernilai RM60 bilion oleh firma Malaysia.
Peruntukan RM1.2 bilion itu termasuk RM600 juta untuk pembinaan susur keluar dari cadangan tol baharu ke Jalan Lingkaran Tengah Seremban, RM280 juta untuk pembinaan kemudahan Kementerian Pendidikan, dan RM160 juta untuk pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Bukit Pelandok dan Sungai Pelek.
Firma penyelidikan itu berkata aliran baharu dalam pekerjaan infrastruktur asas dan projek infrastruktur mega sudah pastinya akan mengujakan sektor pembinaan yang agak kurang aktif sejak beberapa tahun lalu.
"Kami menjangkakan 2023 menjadi tahun yang lebih baik kepada kontraktor, terutamanya dengan rangsangan daripada Bajet 2023, dengan pelbagai kerja infrastruktur dan kemudahan awam yang akan diterjemahkan kepada aliran kerja yang lebih kukuh tahun ini.
"Kami masih berpendapat bahawa kemuncak tahun ini ialah pelancaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT3), yang ditangguhkan sejak Disember 2022 berikutan kajian semula oleh kerajaan untuk menurunkan kos daripada RM50 bilion kepada RM45 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
![MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678077905_midfresearch.jpg)
Firma penyelidikan itu berkata kerajaan persekutuan bersetuju agar laluan pertama LRT Pulau Pinang bermula dari Bayan Lepas ke Komtar dengan pelaksanaan dan perkara lain akan diperincikan kemudian.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733829568_TBMINDF.jpg)
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
![MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729815984_TBNESTLEMALAYSIA.jpg)
MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.
![Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716288833_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta
![Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
![Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714445159_Nestlejpg.jpg)
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
![Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708752887_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
![Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708752887_BURSAMALAYSIA.jpg)
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
![Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675054392_KLIA.jpg)
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
![Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709871791_hargakomoditigloba.jpg)
Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).
![Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699253536_pasarraya.jpg)
Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.