Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangka ringgit akan mengukuh kepada RM3.80 berbanding dolar US dalam jangka sederhana.
Pengarah Eksekutif, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, untuk ringgit kembali ke tahap nilai sederhana, akan bergantung kuat kepada harga minyak mentah.
"Jika anda lihat ringgit sekarang, ia terikat dengan harga minyak mentah.
"Jika harga minyak mentah boleh naik, mungkin tidak lebih US$100 setong, tetapi mungkin US$80 setong, ringgit boleh kembali ke paras berkenaan (3.80).
"Tetapi ini adalah apa yang kami ramal untuk jangka sederhana. Mungkin setahun atau setahun setengah lagi," katanya semasa taklimat mengenai Prospek Ekonomi Malaysia di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Zakariah berkata, ringgit tidak mungkin meningkat banyak sehingga akhir tahun berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
"Sehingga akhir tahun kami jangka ringgit akan kekal antara RM4.00 dan RM4.10," katanya.
Mata wang tempatan itu melepasi 'paras psikologi' RM3.80 berbanding dolar US pada 6 Julai 2015 dan mencatat nilai luaran terendah dalam tempoh 17 tahun pada RM4.4725 pada 29 September 2015.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar pagi ini pada 4.2740/2820 berbanding 4.2750/2850 pada Rabu.
Sementara itu, Zakariah berkata, Bank Negara Malaysia aktif dalam campur tangan tukaran asing untuk mempengaruhi paras kadar pertukaran, yang menerima tekanan hebat kadar pertukaran, terutama pada Ogos dan September 2015.
Rizab antarabangsa bersih meneruskan trend menurun, mencatat US$93.3 bilion pada 30 September 2015, jauh di bawah paras psikologi US$100 bilion yang dicatat pada 31 Disember 2014.
Bernama
Thu Oct 22 2015
MIER: Untuk ringgit kembali ke tahap nilai sederhana, akan bergantung kuat kepada harga minyak mentah. - Gambar Fail
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Nilai ringgit susut berbanding dollar AS pada sesi awal urus niaga
Mata wang tempatan masih lemah kerana kebanyakan bank pusat utama dilihat mengambil sikap yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.
Jho Low sebut dollar US, Ringgit sebagai 'pie' dan 'satay' - Saksi
Harvinderjit menerangkan satu arahan oleh Jho Low bagi memindahkan dana RM50 juta setiap satu ke dalam tiga akaun Najib dengan Jho Low merujuk kepada RM50 juta sebagai 50 satay".
Market volatility won't impact ringgit's rise - Forex expert
According to Stephen Innes, the current volatility in the U.S. and European markets will not impact the ringgit's impressive strides in recent months.
Ringgit, Bursa Malaysia kekalkan momentum positif
Ringgit dan Bursa Malaysia berjaya mengekalkan momentum positif walaupun mengalami sedikit tekanan minggu ini.
Nilai satu bitcoin melepasi paras RM41,000 buat pertama kali
Mata wang maya ini mencapai penanda aras penting untuk kali pertama, hanya beberapa hari selepas ia melepasi paras AS$9,000.
MIER jangka ringgit mengukuh kepada RM3.80 berbanding dolar dalam jangka sederhana
Pengarah Eksekutif, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, untuk ringgit kembali ke tahap nilai sederhana, akan bergantung kuat kepada harga minyak mentah.
Ringgit dalam arah aliran menurun
Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar berbanding dengan dollar Amerika sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 hari ini.