KUALA LUMPUR: Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2024 (MIFF 2024) dijangka mencatatkan jualan antara US$1.3 bilion dan US$1.35 bilion daripada US$1.21 bilion tahun lepas, peningkatan 19 peratus daripada 2022. (US$1 = RM4.75)
Pengasas dan pengerusinya Datuk Tan Chin Huat berkata ramalan jualan itu mewakili pertumbuhan melebihi 5.0 hingga 6.0 peratus.
"Anggaran US$1.3 bilion merupakan kira-kira separuh daripada jumlah eksport perabot Malaysia," katanya kepada Bernama di luar majlis pelancaran MIFF 2024 pada Jumaat.
Tan berkata MIFF terus berkembang dan merupakan antara pameran perdagangan perabot paling lama di Asia selama 30 tahun.
Beliau berkata perkembangan itu dapat dilihat menerusi jumlah peserta yang semakin bertambah, meningkat kepada 714 pempamer dari 15 negara ketika MIFF 2024 berbanding 673 pempamer pada 2023.
Sewaktu dimulakan pada 1995, MIFF hanya mempunyai 152 pempamer tempatan.
"Malaysia terus menyaksikan pengembangan dalam penawaran produk yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami turut mendapati China melangkah kepada satu peringkat perubahan dari segi industri perabot, dan kosnya meningkat dengan ketara, menawarkan kelebihan kepada kami," katanya.
Tan berkata angka prapendaftaran untuk pengunjung turut meningkat dengan ketara sebanyak 20 peratus, menunjukkan minat pembeli yang stabil dan berterusan.
Sebanyak 20,000 pengunjung dijangka melawat MIFF 2024 dari 1-4 Mac di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) melibatkan gabungan ruang berkeluasan 100,000 meter persegi.
Selain penggiat Malaysia, syarikat dari Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Turkiye, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat turut menyertai acara pada tahun ini.
MIFF, pameran perabot terbesar di Asia Tenggara, merupakan antara 10 pasaran perabot terbaik di seluruh dunia.
Tan berkata MIFF turut menjadi platform untuk membangunkan para pereka yang dikehendaki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Tan Chin Huat (tiga, kanan) antara yang hadir pada majlis perasmian MIFF oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kiri) di MITEC Kuala Lumpur, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

MIFF 2024 dijangka raih jualan US$1.3 bilion
Anggaran US$1.3 bilion merupakan kira-kira separuh daripada jumlah eksport perabot Malaysia.

MIFF 2023 dijangka jana jualan RM4.88 bilion - Fadillah
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2023 dijangka menjana jualan mencecah sehingga RM4.88 bilion semasa berlangsungnya pameran itu selama empat hari bermula Rabu.

Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023
Pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar.

MIFF 2022 bakal dorong momentum positif pertumbuhan eksport perabot
Momentum untuk MIFF 2022 telah melonjak sejak Malaysia melonggarkan lagi sekatan COVID-19 untuk pelancong antarabangsa mulai 1 Mei tahun ini.

Pameran Perabot saksikan penyertaan terbesar
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2015 menyaksikan penyertaan terbesar dari pelbagai negara.