KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 edisi ke-18, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sekali lagi berjaya memecahkan rekod dengan menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion, mengatasi sasaran jualan awalnya RM1.9 bilion.
MIHAS 2022, yang diadakan antara 7 dan 10 September, merekodkan jualan pempamer sebanyak RM1.65 bilion manakala RM714.7 juta pula dijana menerusi Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), iaitu susulan sesi perjumpaan perniagaan-ke-perniagaan sebelum ini yang dijalankan secara fizikal dan maya.
Kluster teratas dengan jumlah jualan tertinggi direkodkan ialah perkhidmatan kewangan, hasil pertanian, penyediaan makanan, minuman serta produk minyak sawit.
Selain itu, sebanyak 264 pengeksport Malaysia dan 192 pembeli asing dari 33 negara menyertai INSP fizikal, manakala 226 pengeksport Malaysia dan 197 pembeli asing dari 48 negara menyertai INSP maya.
Pada masa sama, lima pembeli premium dari India, Qatar, Arab Saudi, Turki dan Amerika Syarikat (AS) juga turut dibawa masuk secara fizikal untuk bertemu dengan pengeksport Malaysia.
Mengulas lanjut, sebanyak RM714.70 juta jumlah jualan direkodkan menerusi INSP MIHAS iaitu RM650.22 juta daripada INSP fizikal manakala RM64.48 juta daripada INSP maya.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata menerusi program seperti MIHAS, pihaknya akan terus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal global.
Katanya, antara lain pihaknya turut menggalakkan komuniti perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk terlibat dalam rantau ini atau antarabangsa meskipun baru ditubuhkan.
“Terdapat peluang yang lebih luas tersedia dalam pasaran halal antarabangsa dan peniaga seharusnya memanfaatkan perkara itu.
“MATRADE juga sedia untuk membantu pengeksport Malaysia memanfaatkan peluang ekonomi Islam global, yang dianggarkan mencecah AS$2.8 trilion (AS$1=RM4.57) menjelang 2025,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini
Berikutan kejayaan MIHAS 2022, MATRADE mengumumkan bahawa, MIHAS 2023 akan diadakan dari 12 hingga 15 September 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), dengan hampir 400 gerai telah ditempah oleh pempamer tahun ini.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Wed Sep 28 2022

Berikutan kejayaan MIHAS 2022, MATRADE mengumumkan bahawa, MIHAS 2023 akan diadakan dari 12 hingga 15 September 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 edisi ke-18, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), berjaya menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion.

Syarikat Malaysia digesa cari keunikan sendiri tembusi pasaran halal
Ismail Sabri berkata ini kerana peluang pembangunan industri halal kini mencecah RM1.9 billion tahun 2021 dan dijangka terus berkembang.

MIHAS 2022 pacu, rancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan perdagangan rentas sempadan dengan menganjurkan MIHAS ke-18.