KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan perdagangan rentas sempadan dengan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Abu Bakar Yusof berkata, acara terulung itu memanfaatkan alat-alat digital bagi membantu pemain tempatan memasarkan produk serta perkhidmatan halal masing-masing kepada pembeli global.
“MIHAS 2022 akan membantu usahawan-ushawan mikro kecil seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meninjau peluang dan mengambil bahagian di dalam rangkaian bekalan eksport produk halal di luar negara sekali gus memperkukuhkan daya saing mereka di pasaran global,” katanya kepada Astro AWANI pada baru-baru ini.
Pada masa sama, Abu Bakar berkata minat dan penyertaan yang lebih menggalakkan dalam pasaran halal yang kian berkembang merupakan satu petanda positif daripada pameran tahun ini.
“Tahun ini adalah tahun yang ke-18 MATRADE akan menganjurkan pameran MIHAS sejak dari tahun 2004. Sebenarnya impak kepada ekonomi negara dan rantau Asia adalah dapat kita lihat dari tahun ke tahun terdapat peningkatan produk halal kita.
“Selain itu, impaknya pada tahun ini adalah dijangkakan pengeksport produk halal Malaysia ke pasaran global akan mencecah nilai RM40 bilion dan itu merupakan impak secara terus kepada ekonomi negara serta akan terus menyumbang dengan lebih baik,” katanya.
Pameran halal terbesar di peringkat antarabangsa, MIHAS 2022 disasarkan menarik penyertaan 1,200 pempamer yang terdiri daripada syarikat tempatan yang mempromosikan produk halal, selain 250 pembeli luar negara yang dikumpulkan melalui rangkaian 46 pejabat MATRADE di seluruh dunia serta lima pembeli premium.
Terdahulu, MIHAS berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 September lalu dan diadakan serentak secara digital di pentas global.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Wed Sep 07 2022

MIHAS 2022 merupakan platform terbaik untuk pemain tempatan memasarkan produk serta perkhidmatan halal masing-masing kepada para pembeli global.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

MIHAS 2022 jana jualan sebanyak RM2.36 bilion
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2022 edisi ke-18, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), berjaya menjana jualan sebanyak RM2.36 bilion.

Syarikat Malaysia digesa cari keunikan sendiri tembusi pasaran halal
Ismail Sabri berkata ini kerana peluang pembangunan industri halal kini mencecah RM1.9 billion tahun 2021 dan dijangka terus berkembang.

MIHAS 2022 pacu, rancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan perdagangan rentas sempadan dengan menganjurkan MIHAS ke-18.