KUCHING: Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang dianjurkan di Kota Samarahan adalah platform untuk memberikan pendedahan kepada usahawan desa Sarawak yang baharu dan lama untuk mengembangkan perniagaan.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata Mini KUD yang julung kalinya diadakan juga bertujuan untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada usahawan desa bagi meningkatkan produktiviti.
"Ini adalah satu daripada strategi kementerian untuk membantu pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar, kami akan maklumkan skim-skim atau perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian melalui agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), FELCRA Berhad dan sebagainya.
"Kementerian ada program usahawan permulaan, pengembangan dan juga program usahawan berdaya tinggi. Setakat ini, MARA telah melahirkan sejumlah 177 usahawan yang dikategorikan Gate to Global iaitu produk jualan mereka telah menembusi tiga negara," katanya pada sidang media selepas meninjau karnival Mini KUD itu di Halaman Samarahan di sini, semalam.
Rubiah berkata Mini KUD ini juga untuk mendedahkan usahawan desa mempunyai sistem perniagaan yang lebih baik serta terancang yang boleh meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus dapat membangunkan masyarakat luar bandar.
"Bila usahawan berjaya, bukan sahaja produk yang laris tetapi pada masa yang sama padanan kerja dapat dibuat, masyarakat di sekitarnya mendapat peluang pekerjaan daripada usahawan yang telah kami hasilkan.
"Selain itu, sempena Mini KUD ini, kami juga turut menjemput syarikat luar seperti Mydin, Petronas, Shell, Aeon untuk melihat produk hasil usahawan yang boleh disesuaikan untuk dimasukkan ke pasar raya mereka," katanya.
Beliau berkata untuk Mini KUD yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad itu, kementerian menyasarkan sejumlah 30,000 pengunjung manakala sasaran jualan RM300,000.
Tambah Rubiah KKWD juga telah melanjutkan tempoh penyertaan pertandingan Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0) dalam menggalakkan usahawan belia desa menyertai program yang menawarkan geran perniagaan berjumlah RM15 juta.
"Setakat ini, sejumlah 1,150 usahawan telah mengemukakan permohonan daripada 5,917 jumlah akaun yang telah berdaftar dalam sistem RBC 2.0 sehingga 29 Jan lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

Rubiah bergambar bersama sebuah motosikal berjenama Honda sebagai hadiah cabutan bertuah yang akan diberikan kepada pemenang pada Mini KUD di perkarangan MPKS, Kuching, 1 Feb 2024. -- fotoBERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Mini KUD Kota Samarahan, platform usahawan desa kembangkan perniagaan
Mini KUD yang julung kali diadakan juga bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada usahawan desa bagi meningkatkan produktiviti.

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.