Astro Publication
Mon Nov 17 2014
Baharu sebentar tadi Toyota telah mengeluarkan klip video ringkas mengenai kereta yang akan mereka lancarkan dengan rasmi pada hari esok (18 November 2014) iaitu Toyota Mirai (yang bermaksud ‘masa hadapan’ di dalam Bahasa Jepun).
Ini bukanlah model kenderaan yang biasa tetapi satu lagi produk yang menggunakan tenaga ‘fuel cell’ ataupun secara ringkas, sebuah kenderaan elektrik yang menghasilkan tenaganya sendiri. Ini berbanding dengan EV (electric vehicle) yang menyimpan tenaga elektrik di dalam bateri.
Berbanding kereta biasa yang menghasilkan tenaga dengan enjin etrol/diesel, Toyota Mirai ini mempunyai tangki yang menyimpan hidrogen termampat, motor elektrik, barisan ‘fuel cell’, sebuah bateri kecil dan unit kawalan tenaga. Hidrogen ini disalurkan ke ‘fuel cell’ di mana ia digabungkan dengan oksigen untuk menghasilkan elektrik melalui tindak balas kimia yang berlaku. Elektrik ini kemudian digunakan untuk menggerakkan motor.
Yang menjadikan teknologi ini begitu menguntungkan adalah bahan yang terhasil – air. Tiada pencemaran daripada karbon monoksida atau apa-apa gas beracun karsinogenik yang lain. Mengikut maklumat awal daripada Toyota, kurang daripada 5 minit diperlukan untuk mengisi bekalan hidrogen, dan jarak yang boleh ditempuh adalah sekitar 480km.
Toyota Mirai ini akan dilancarkan esok di Jepun dan dijangka akan memasuki pasaran Eropah serta Amerika Utara pada tahun 2015. Malaysia? Memang sukar, terutamanya kerana dasar automotif yang kurang cekap di dalam menyelesaikan perkara yang tidak terlibat dengan ekonomi dalaman negara.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Tokyo: Konsep Lexus LF-FC berikan kemewahan dan keselamatan dari pemanduan autonomous
LF-FC memberi gambaran kepada semua mengenai teknologi dan rekaan yang boleh dijangka daripada Lexus
Honda hampir untuk lancarkan model ‘fuel cell’ mereka
Dikenali sebagai FCV buat masa ini, dikatakan boleh dipandu 700km dengan setiap isian penuh tangkinya
Honda pula dengan FCV terbaharu mereka
FCV Concept ini lanjutan daripada FCX dan FCX Clarity sebelum ini dengan prestasi lebih baik
Toyota Mirai. Untuk masa hadapan
Kenderaan ‘fuel cell’ terbaharu diperkenalkan; 153hp dan 0-100km/j dalam masa 9 saat.
Mirai dengan teknologi ‘fuel cell’ terbaru
Toyota bakal melancarkan model ‘fuel cell’ terbaru – 480km boleh ditempuh dengan setiap isian tangki hidrogen. Bahan buangan: air biasa