KUALA LUMPUR: Misi pelaburan dan perdagangan ke Korea Selatan dan Jepun yang berakhir pada 6 April lepas, dijangka menjana potensi pelaburan bernilai RM16.05 bilion serta eksport dengan nilai RM986.15 juta yang dapat direalisasikan pada tahun-tahun akan datang.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), daripada angka tersebut, syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.
"Pada masa sama, syarikat-syarikat terbabit juga komited untuk membuat pembelian eksport barangan Malaysia berjumlah sehingga RM70 juta.
"Perkembangan sama turut dilihat di Jepun apabila syarikat-syarikat berkaitan menyatakan untuk melabur sebanyak RM 8.75 bilion di Malaysia dan membeli eksport barangan Malaysia bernilai RM 916.15 juta," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Misi enam hari pada 1-6 April 2021 dan diketuai oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, adalah yang pertama bagi tahun ini serta disifatkan sebagai penting dalam pelbagai usaha MITI untuk menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia.
Selain itu, usaha tersebut turut menjadi platform bagi menggalakkan eksport Malaysia ke pasaran global dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Menurut MITI, misi tersebut dimulakan di Seoul yang membabitkan Mohamed Azmin dengan SK Group, konglomerat ketiga terbesar di Korea Selatan serta di kedudukan ke-73 senarai syarikat Fortune 500.
Syarikat berkenaan berminat untuk melabur dalam bidang berpotensi tinggi seperti teknologi hijau, kenderaan elektrik, pengurusan sisa dan tenaga di Malaysia.
Selain itu, Mohamed Azmin turut mengadakan pertemuan dengan pihak Korea Aerospace Industries bagi membincangkan potensi peralihan teknologi dan pembangunan modal insan dalam industri pertahanan aeroangkasa di negara ini.
Di Tokyo, beliau terbabit dalam sesi libat urus konstruktif dengan Mitsubishi Corporation, antara lima syarikat terkemuka Jepun yang menyentuh potensi peluang penyumberan serta pengembangan perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia.
Menurut MITI, Menteri Kanan itu turut menyertai sesi bersama Nippon Electric Glass yang bersetuju membuat pelaburan baharu bernilai RM1 bilion di Malaysia bagi pengeluaran gentian kaca serba canggih untuk sektor automotif, pembinaan dan tenaga yang memanfaatkan elemen kecerdasan buatan serta teknologi terkini.
"Dalam sesi beliau dengan rakan sejawatannya, kedua-dua pihak telah saling bertukar pandangan serta usaha bagi memastikan aspek relevan dan daya tahan perniagaan serta persekitaran pelaburan di Malaysia, langkah pemulihan ekonomi menerusi respons terhadap pandemik COVID-19, memperkukuh kerjasama ekonomi selain meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala dan ekonomi.
"Kesemua pihak terbabit juga menyatakan kesediaan untuk meneruskan kerjasama bagi memperkukuh hubungan ekonomi sedia ada yang akrab," kata MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Misi enam hari diketuai Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai penting dalam pelbagai usaha MITI untuk menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia. - Twitter Azmin Ali

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.