Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti minyak, tekstil, perladangan dan makanan.
Presidennya, Shah Said berkata, maklum balas daripada syarikat multinasional yang membentuk Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MITC menyifatkan, Malaysia sebagai lokasi yang begitu baik untuk menjalankan perniagaan dan akan terus menjadi negara penting bagi mereka untuk melabur.
"Dengan jumlah pelaburan sebesar itu, ia dijangka mencipta sebanyak 2,600 pekerjaan baharu bagi penduduk dan mengukuhkan ekonomi di negara ini.
"Tumpuan terhadap beberapa bidang juga perlu diberi perhatian supaya ia dapat mendatangkan manfaat kepada usahawan, kerajaan serta seluruh masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Shah Said berharap usaha yang digerakkan MITC berupaya menggalakkan lebih banyak kerjasama sektor ekonomi serta meningkatkan perdagangan dalam kalangan usahawan dari dalam dan luar negara.
"Tidak banyak negara yang boleh menyediakan keistimewaan seperti yang ada di negara ini termasuklah cuaca yang baik (tidak dilanda bencana alam); penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.
"Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah antarabangsa. Ini menjadikan kehidupan di negara ini bukan sahaja lebih mudah untuk golongan expatriat tetapi juga keluarga mereka," jelasnya.
MITC adalah organisasi bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Ia berperanan mewakili lebih 138 syarikat menerusi dokumen MoU berhubung penyediaan perkhidmatan pengurusan teknikal dan fasiliti perniagaan.
Kebanyakannya terdiri daripada syarikat multinasional yang aktif beroperasi.
Dewan perniagaan itu juga berfungsi sebagai 'Suara Komuniti Perdagangan Malaysia dan Antarabangsa' untuk membantu syarikat dengan memberi input hal berkaitan dasar dan polisi kerajaan bagi memudahkan langkah usahawan luar negara memperluas pasaran dengan potensi yang ditawarkan MITC di negara ini.
Astro Awani
Wed Feb 12 2020

Malaysia disifatkan sebagai lokasi yang begitu baik untuk menjalankan perniagaan dan akan terus menjadi negara penting bagi mereka untuk melabur, kata Presiden MITC, Shah Said.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny