KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengenal pasti lima sektor utama di bawah inisiatif Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur sama ada melalui penyelidikan dan pembangunan atau kemudahan pembuatan menggunakan teknologi baharu.
"Lima sektor ini merupakan antara sektor pertumbuhan ekonomi baharu yang dikenal pasti ketika kita merangka NIA dan ia selari dengan hasrat inisiatif NIA iaitu memfokuskan kepada pelaburan berimpak tinggi dan berteknologi.
"Melalui inisiatif ini, peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi akan tercipta untuk rakyat tempatan dan memperkukuhkan daya saing negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana MITI dan Agensi 2022 di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Mohamed Azmin berkata, MITI turut komited untuk meneraju agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan NIA.
"Agenda ESG ini secara khususnya, akan memberi impak besar kepada industri automotif.
"Dalam hal ini, MITI akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kita mencapai objektif Dasar Automotif Nasional dan memenuhi sasaran pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) menjelang 2050 seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12," katanya.
Katanya bagi menyokong usaha ini, Pasukan Petugas Kenderaan Elektrik (EV) antara kementerian peringkat kebangsaan yang diketuai MITI telah ditubuhkan dengan mandat untuk bertindak sebagai platform membincangkan strategi dan melaksanakan langkah-langkah untuk memacu pembangunan EV dan keseluruhan ekosistemnya.
"MITI akan terus mendukung industri untuk merealisasikan transformasi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2022-2033.
"Antara pencetus perubahan yang dikenal pasti adalah Pembuatan Pintar, 'Everything-As-A-Service' dan 'Next-Gen Mobility'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Mohamed Azmin berkata, MITI turut komited untuk meneraju agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan NIA. - Bernama
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.