KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dalam memudah cara kemasukan pelaburan untuk memastikan projek-projek dengan potensi bernilai tinggi dapat direalisasikan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan.
Katanya Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) di MIDA turut komited untuk memastikan proses pelaksanaan projek berjalan lancar bagi menyumbang ke arah Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.
"Kerajaan juga telah mengambil pendekatan dalam membuat reformasi pentadbiran melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah MITI yang akan memastikan pelaburan terus antarabangsa dan domestik dan perdagangan dapat direalisasikan sesegera mungkin.
"Sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, JTPPP akan dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.
Beliau berkata jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan MIDA sebagai ahli tetap manakala kementerian dan agensi berkaitan yang lain termasuk wakil kerajaan negeri akan dijemput mengikut keperluan.
Tengku Zafrul berkata status kemajuan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang dimeterai semasa lawatan kerjanya ke luar negara akan dilaporkan oleh JTPPP kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) secara berkala dan kepada media massa berdasarkan keperluan.
Katanya misi perdagangan dan pelaburan ke China pada 29 Mac hingga 3 April lepas dianggarkan meraih potensi pelaburan berjumlah RM170 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023

Tengku Zafrul berkata MITI melalui MIDA sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan. - Foto fail/BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

2024: Malaysia ukir kejayaan di pentas global - PM Anwar
Menjelang 2025, Malaysia bersedia menggalas tanggungjawab merintis kebangkitan ASEAN, membawa rantau ini ke era baharu yang lebih terangkum dan mampan, kata Anwar.

Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

Lawatan PM ke luar negara jana potensi pelaburan RM431.18 bilion
Dr Zaliha Mustafa berkata ia merangkumi RM253.6 bilion pada 2023 dan RM77.58 bilion dari Januari hingga Mei tahun ini.

Malaysia sasar pelaburan dan eksport RM13 bilion pada Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Malaysia yakin dapat meraih potensi pelaburan dan eksport bernilai RM13 bilion menerusi penyertaan di Ekspo Dunia 2025 di Osaka, Jepun.

Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.

Lawatan ke Jepun berjaya, tarik potensi pelaburan RM6.56 bilion - PM Anwar
Lawatan Perdana Menteri ke Jepun dianggap berjaya dan menggalakkan apabila nilai potensi pelaburan yang dibawa pulang berjumlah RM6.56 bilion.

MITI memudah cara kemasukan pelaburan pastikan projek bernilai tinggi dapat direalisasikan
MITI akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dalam memudah cara kemasukan pelaburan untuk memastikan projek-projek dengan potensi bernilai tinggi dapat direalisasikan.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion - MITI
Syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.