Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran itu ditetapkan sejajar dengan jangkaan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini pada 4.7 peratus.
"Sasaran itu ditetapkan selepas MITI mengambil kira situasi geopolitik dan perdagangan yang mengganggu rantaian bekalan dan menilai semula perkongsian global serta kemajuan teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), dan Internet Pelbagai Benda (IoT) yang membentuk semula industri," katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan prestasi pelaburan negara dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama.
Beliau juga berkata peningkatan pelaksanaan dasar dan subsidi yang dipacu kerajaan ketika negara-negara membangun bersaing untuk menarik pelaburan dan membina industri utama dan dorongan global bagi kemampanan telah mempengaruhi landskap ekonomi dan perniagaan.
--BERNAMA
