KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersedia untuk membantu dan menyokong industri dan pengeksport Malaysia serta membantu rakyat mendapatkan pelbagai manfaat daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang berkuat kuasa 29 Nov, 2022.
Perjanjian perdagangan bebas (FTA) CPTPP berkuat kuasa untuk Malaysia pada 29 Nov, 2022 dan skop komprehensifnya termasuklah kawasan akses pasaran tradisional serta faktor-faktor seperti buruh, alam sekitar, perusahaan milik kerajaan, pemerolehan kerajaan, harta intelek, perdagangan elektronik dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam satu kenyataan semalam, MITI berkata Malaysia akan mendapat manfaat daripada kadar duti keutamaan bagi barangan yang dieksport ke dan diimport dari lapan negara anggota CPTPP - Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - yang telah melaksanakan perjanjian ini.
Ia berkata kadar duti keutamaan yang berkuat kuasa serta-merta ialah:
(a) Layanan penuh bebas cukai kepada semua eksport Malaysia yang memasuki Singapura dan Australia.
(b) Layanan bebas cukai ke atas 96 peratus eksport Malaysia dan baris tarif ke New Zealand pada masa ini, yang dijangka meningkat kepada 100 peratus menjelang 2024. Terutamanya, produk Malaysia merentasi semua sektor boleh memasuki pasaran New Zealand pada kadar duti sifar, kecuali produk seperti tekstil dan kayu diproses yang akan menjadi bebas cukai menjelang 2024.
(c) Eksport Malaysia ke Jepun tertakluk kepada layanan bebas cukai untuk 86 peratus baris tarif, yang akan meningkat kepada 100 peratus menjelang 2038.
(d) Layanan bebas cukai untuk 88 peratus baris tarif Malaysia ke Vietnam, ditetapkan pada 100 peratus menjelang 2033.
MITI berkata CPTPP akan membolehkan pengeksport Malaysia mendapat manfaat daripada layanan bebas cukai bagi majoriti baris tarif ke tiga pasaran baharu, Kanada, Mexico dan Peru, yang mana Malaysia tidak mempunyai sebarang FTA sebelum ini.
"Kanada secara beransur-ansur akan menghapuskan duti pada baris tarif yang sedia ada menjelang 2029, manakala Mexico dan Peru menjelang 2033," katanya.
MITI berkata eksport Malaysia yang penting secara jelas akan mendapat manfaat daripada duti sifar termasuk alat ganti dan komponen automotif, tekstil dan kasut untuk pasaran Mexico.
"Sektor lain ialah produk berasaskan koko, produk getah, minyak sawit dan plastik untuk pasaran Peru," katanya.
MITI berkata untuk perniagaan Malaysia menikmati tarif keutamaan CPTPP, mereka mesti mendapatkan Sijil Tempasal (CO) daripada kementerian.
"Untuk layak mendapatkan CO, pengeksport Malaysia ke negara-negara CPTPP dikehendaki mematuhi keperluan Peraturan Tempasal (ROO) yang sepadan," katanya.
Kementerian itu berkata input dan bahan mentah yang diperoleh dari semua negara CPTPP diiktiraf sebagai kandungan asal.
"Ini membolehkan syarikat memanfaatkan rantaian bekalan serantau yang pelbagai, lebih cekap dan kos efektif.
"Dalam memudahkan pematuhan ROO, CPTPP juga memberi pengeksport dengan pelbagai pilihan kaedah pengiraan Kandungan Nilai Serantau (RVC)," tambahnya.
Bagi maklumat lanjut tentang permohonan elektronik untuk CO, sila layari laman web MITI di https://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/7
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

MITI berkata CPTPP akan membolehkan pengeksport Malaysia mendapat manfaat daripada layanan bebas cukai bagi majoriti baris tarif ke tiga pasaran baharu, Kanada, Mexico dan Peru. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.

MITI semak semula lima akta untuk perkukuh pembangunan perindustrian
Rang Undang-undang Pembangunan Perindustrian 2025 yang dicadangkan itu adalah bertujuan untuk memudahkan proses perniagaan bagi pengilang dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.

Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.