KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service mengesahkan penarafan deposit mata wang asing jangka panjang Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd dan RHB Bank Bhd masing-masing pada A3, manakala Standard Chartered Bank Malaysia Bhd (StanChart Malaysia) pada Baa1.
Moody's juga mengesahkan penilaian kredit asas (BCA) dan BCA terlaras bagi Hong Leong Bank dan Public Bank masing-masing pada A3, StanChart Malaysia pada Baa1 serta RHB Bank pada Baa2.
"Unjuran penarafan ke atas keempat-empat bank ini kekal stabil, sekali gus menunjukkan jangkaan Moody's bahawa penampan bagi penyerapan kerugian mereka yang kukuh akan mengurangkan tekanan kualiti aset yang disebabkan gangguan ekonomi ekoran pandemik.
"Pengesahan ini juga mempertimbangkan modal kukuh dan kestabilan mudah tunai yang dimiliki bank-bank ini, yang akan membantu mengekalkan profil kredit keseluruhan mereka meskipun tekanan berlaku ke atas kualiti aset," menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan pada Rabu.
Moody's menjelaskan keempat-empat bank itu turut merekodkan kedudukan rizab yang kukuh bagi kerugian pinjaman ke atas pinjaman di bawah bantuan bayaran balik, yang tidak terjejas susulan toleransi pengawalseliaan.
Bagaimanapun ia semakin berisiko dalam keadaan sekatan pergerakan berpanjangan ekoran kenaikan semula kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, menurutnya.
"Rizab kerugian pinjaman itu akan mengekang peningkatan ketara kos kredit selepas langkah toleransi pengawalseliaan itu berakhir," tambahnya.
Nisbah pinjaman-kerugian, termasuk rizab pengawalseliaan bagi Hong Leong Bank, Public Bank dan RHB Bank masing-masing meningkat kepada 275.0 peratus, 337.7 peratus dan 120.6 peratus setakat 31 Mac, 2021 daripada masing-masing 159.7 peratus, 261.7 peratus dan 107.6 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
Nisbah bagi StanChart Malaysia pula susut kepada 91.2 peratus daripada 153.7 peratus bagi tempoh sama kerana peminjam korporat tertentu di bawah bank itu telah terjejas akibat impak buruk daripada pandemik, jelasnya.
Menurut Moody's, nisbah Ekuiti Biasa Peringkat 1 bagi Hong Leong Bank, Public Bank, RHB Bank dan StanChart Malaysia masing-masing pada 13.0 peratus, 13.8 peratus, 15.6 peratus dan 13.4 peratus, berkedudukan baik dengan melepasi kadar yang ditetapkan keperluan pengawalseliaan minimum masing-masing, setakat 31 Mac, 2021.
Agensi penarafan itu berkata ia akan menaikkan penarafan ke atas Hong Leong Bank, Public Bank dan RHB Bank sekiranya penarafan Malaysia ditingkatkan.
Penarafan StanChart Malaysia juga boleh dinaikkan sekiranya kualiti asetnya bertambah baik, atau jika BCA nosional Standard Chartered PLC menjadi lebih baik.
"Sebaliknya, Moody's akan menurunkan penarafan Hong Leong Bank, Public Bank dan RHB Bank jika penarafan Malaysia direndahkan.
"Penurunan kesediaan kerajaan untuk menyediakan sokongan juga boleh membawa kepada penurunan penarafan RHB Bank," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Moody's Investors Service mengesahkan penarafan deposit mata wang asing jangka panjang Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd dan RHB Bank Bhd masing-masing pada A3.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.

Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.

Ketegangan geopolitik, lonjakan harga minyak cetus risiko ke atas Asia Pasifik
Firma itu menyifatkan peningkatan ketegangan geopolitik itu sebagai mencetuskan ancaman besar terhadap ekonomi Asia Pasifik dengan risiko utamanya daripada lonjakan harga minyak.

Moody's unjur pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik 4.5 peratus tahun ini
Peningkatan itu mencerminkan permintaan domestik yang berdaya tahan dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar dan risiko terhadap sektor pertanian serta inflasi akibat El Nino.

Moody's sah penarafan A3 EXIM Bank, kekal unjuran stabil
Agensi penarafan itu turut mengesahkan penilaian kredit garis dasar b2 (BCA) EXIM Bank.

Pertumbuhan bank Islam Malaysia melangkaui bank konvensional - Moody's
Menurut Moody's, kadar penembusan berada sekitar 20 peratus antara 10 hingga 15 tahun lalu.

Malaysia terima manfaat daripada risiko pertumbuhan perlahan ekonomi China - Moody's Analytics
Moody's berkata apabila permintaan global beralih dari China ke Amerika Utara, negara-negara Asia akan mencari pelaburan baharu.

Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.

Malaysia, Indonesia, Turkiye akan jadi penerbit sukuk berdaulat terbesar pada 2023-2024 - Moody's
Malaysia, Indonesia dan Turkiye akan menjadi penerbit berdaulat terbesar pada 2023-2024, mengatasi Arab Saudi yang menyumbang satu bahagian terbesar kepada terbitan sukuk berdaulat jangka panjang.

BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi minggu ini - Moody's Analytics
Bank pusat dijadualkan untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bagi September pada 7-8 Sept, 2022.