KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transport Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menyasarkan suntikan dana swasta bagi membiayai 10-30 peratus daripada keseluruhan projek Laluan Lingkaran Aliran Transit Massa 3 (MRT3).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zarif Hashim berkata langkah tersebut diharap dapat mengurangkan beban serta perbelanjaan kerajaan bagi projek tersebut.
"Pada masa ini, kami sedang meneliti model hibrid dan menggunakan inisiatif sendiri untuk mempelawa (penyertaan) syarikat-syarikat swasta.
"Tender berkaitan dijadual dibuka untuk bidaan pada Ogos depan," katanya pada sesi taklimat 'Insights: MRT3 Circle Line,' di sini pada Selasa.
Menurut Mohd Zarif, MRT Corp setakat ini telah mengemukakan permintaan bagi maklumat (RFI) kepada kalangan penggiat industri berminat dan menumpukan aspek transformasi kaedah pembinaan, pembangunan teknologi tempatan dan pemulihan ekonomi yang terjejas susulan pandemik COVID-19.
"Menerusi cara itu, kami berharap untuk melihat industri tempatan mengemukakan perubahan yang dapat menarik penglibatan lebih banyak pekerja Malaysia dalam projek berkenaan selain membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi," katanya.
Beliau juga menyifatkan MRT3 berbeza daripada projek-projek MRT1 dan MRT2 berikutan peranannya sebagai pemangkin bagi memacu semula ekonomi dan teknologi negara.
Ketika bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Zharif juga berharap agar projek pembinaan selama 10 tahun itu dapat dimulakan pada awal tahun depan, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.
Menurutnya, jarak jajaran rel MRT3 itu adalah 50 kilometer yang merangkumi lebih 30 stesen hentian dan 10 stesen pertukaran di ibu negara dengan 40 peratus daripadanya adalah di bawah tanah.
"Usaha itu dilaksanakan dalam lima fasa dengan setiap satu stesen itu dapat beroperasi secara bebas apabila siap kelak -- iaitu berupaya untuk berhubung dengan stesen pertukaran tanpa perlu menunggu keseluruhan projek berkenaan siap dalam tempoh 10 tahun," katanya.
Menurut Mohd Zarif, MRT3 dijangka dapat memberi pulangan 3.5 kali lebih tinggi daripada keseluruhan kos perbelanjaan bagi projek rel tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kos projek selain tidak mengesahkan atau menyangkal spekulasi mengenai kos itu yang dipaparkan media.
Antara laporan itu termasuk Hong Leong Investment Bank Bhd yang menganggarkan projek berkenaan menelan kos RM20 bilion hingga RM22 bilion dengan satu pertiga daripada jajaran rel berkenaan adalah di bawah tanah.
Mohd Zarif juga menyifatkan projek tersebut dapat memacu pembangunan ekonomi dari segi rantaian edaran bekalan, pembekal tempatan, teknologi tempatan, pembangunan perusahaan selain penyertaan dari Sabah dan Sarawak.
Pada 3 April lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembangunan projek MRT3 itu yang ditangguhkan oleh kerajaan sebelum ini, akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini.
Berikutan itu, pihak MRT Corp telah diberi masa tiga bulan untuk melengkapkan kajian laluan secara menyeluruh membabitkan pelaksanaan projek itu untuk dibentangkan kepada Kabinet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 13 2021

Datuk Mohd Zarif berkata langkah tersebut diharap dapat mengurangkan beban serta perbelanjaan kerajaan bagi projek tersebut. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.

Projek pembinaan MRT3 hanya akan bermula pada 2027 - CEO MRT
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menyelesaikan proses pemerolehan tanah.

Rundingan kontrak LRT Pulau Pinang antara MRT Corp, kontraktor pada peringkat akhir
Rundingan kontrak projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dengan kontraktor SRS Konsortium kini pada peringkat akhir.

Pembangunan infrastruktur rel RTS Link capai kemajuan 83 peratus - Anthony Loke
Kemajuan kerja-kerja pembinaan infrastruktur rel projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura telah mencapai 83 peratus setakat akhir Julai lepas.

Kerajaan Persekutuan telah muktamad jajaran LRT Pulau Pinang - Loke
Jajaran bagi Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang telah dimuktamadkan dan perbincangan dengan kontraktor utama sedang dijalankan.

Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.

LRT Pulau Pinang: Kerajaan negeri, MRT Corp teroka sistem 'low to medium capacity'
Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.

MRT3 : Proses pengambilalihan tanah secara berperingkat tahun depan
MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad.

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.