KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menjangka perjalanan teknologi di negara ini akan membangun dengan lebih pesat, disokong oleh ekosistem keusahawanan yang semakin berkembang maju terutamanya daripada golongan muda.
Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata semakin ramai anak muda kini menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang teknologi.
"Kita juga mengiktiraf ramai usahawan muda kerana mereka berani mengambil risiko untuk mengkomersialkan teknologi dan sanggup menunggu lama (untuk produk mereka berjaya dikomersialkan)," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun ke-30 MTDC yang bertemakan 'Odyssey Beyond The Horizon' pada Rabu.
"Pada masa depan, kami akan menuju ke arah reka bentuk cip. Kita berharap sebuah syarikat yang kita laburkan dalam bidang ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.
"Selain itu, mungkin terdapat tiga lagi syarikat yang dijangka disenaraikan (di Bursa Malaysia) pada suku pertama dan kedua pada 2023.
"Ia ialah TT Vision, sebuah syarikat yang terlibat dengan 'machine vision solutions' serta membangunkan automasi dan robotik. Selain itu, syarikat yang terlibat dalam industri 4.0 dan sebuah lagi syarikat perkhidmatan pembuatan kejuruteraan (belum dapat diumumkan nama syarikat)," katanya.
Pada majlis itu, MTDC meraikan perjalanan 30 tahun peranannya dalam membangunkan syarikat yang berteraskan teknologi dan pengkomersialan teknologi baharu termasuklah antara syarikat terawal yang mendapat pelaburan MTDC iaitu Globetronics Technology Bhd pada 1993.
Selain itu, 'coffee table book' bertajuk '30 Techno Dream' yang memaparkan 30 syarikat dari pelbagai peringkat kemajuan, saiz dan sejarah pelaburan turut dilancarkan sempena ulang tahun ke-30 MTDC.
Sehingga kini, MTDC telah membiayai dan melabur dalam lebih 850 syarikat Malaysia dan sebahagian daripadanya telah berjaya disenaraikan di bursa tempatan dan antarabangsa yang mencapai lebih RM1 bilion permodalan pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022

Datuk Norhalim Yunus berkata semakin ramai anak muda kini menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang teknologi. - Foto BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

MTDC jangka perjalanan teknologi lebih pesat, perkembangan ekosistem keusahawanan
Semakin ramai anak muda kini menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang teknologi.

MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju
Ia merupakan dana modal teroka ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat tidak tersenarai di rantau ASEAN dengan teknologi maju.

MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) melancarkan program Graduate Employability Industri 4.0 buat julung kalinya bagi memartabatkan graduan IPTA.

Setiap pihak perlu ada pemikiran keusahawanan untuk capai Industri 4.0
Tidak hanya kepada pemain industri, malah kerajaan, golongan akademik, insititusi pendidikan, serta masyarakat seluruhnya tidak lagi boleh bekerja dalam kepompong sendiri atau silo.