KUALA NERUS: Muslim Food Industries (MFI), syarikat pengeluar dan pengedar makanan berasaskan tepung milik Bumiputera di Kuala Terengganu, menyasarkan jualan sebanyak RM24 juta pada tahun ini, meningkat hampir 80 peratus berbanding RM13 juta pada tahun lepas.
Pengarah Urusan Ahmad Sayyaf Jamaludin berkata syarikat yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.
Beliau berkata produk terlaris keluaran MFI termasuk mi kuning, laksa beras, bebola ikan, bihun, cili kisar, garam halus dan garam kasar mencapai purata pengeluaran sebanyak 520 tan setiap bulan.
"Setakat ini, produk keluaran MFI telah dipasarkan di semua rangkaian Mydin dan Giant seluruh Semenanjung serta berpuluh lagi pasar raya kecil yang lain.
"Sejak sektor ekonomi dibuka sepenuhnya pada April lepas, permintaan produk turut meningkat kerana penganjuran majlis keraian rasmi dan kenduri boleh dianjurkan semula seperti biasa.
"Kami juga sedang berusaha untuk memasuki semua pasar raya di Semenanjung dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita di kilang MFI di Kampung Banggol Tok Jiring di sini, pada Rabu.
Selain sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), syarikat itu turut mempunyai Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan pernah memenangi anugerah premis terbersih untuk daerah Kuala Nerus anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu beberapa tahun sebelum ini.
Ahmad Sayyaf berkata sejak ditubuhkan pada 1985, syarikat itu mempunyai 60 pekerja tetap dan kesemua mereka adalah anak tempatan.
Beliau berkata MFI juga berhasrat menambah beberapa lagi mesin canggih berteknologi tinggi untuk memaksimumkan pengeluaran di kilangnya.
"Kami juga sedang membuat penyelidikan dan pembangunan beberapa produk baharu untuk terus mengukuhkan segmen pasaran dengan menepati citarasa ramai," katanya yang turut membuat promosi menjelajah ke beberapa lokasi untuk memperkenalkan produk keluaran MFI.
Beliau turut bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan kerajaan dari segi pembiayaan perniagaan iaitu pinjaman dan geran dari beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp, Jabatan Pertanian dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dengan nilai keseluruhan RM1.2 juta.
Ahmad Sayyaf berkata dengan bimbingan beberapa agensi kerajaan, syarikat berjaya melonjakkan prestasi dan keupayaan MFI sekali gus memastikan setiap dana pinjaman atau geran dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya melalui pemantauan yang dilakukan.
"Contohnya, pada tahun 2017, konsep Penarafan Daya Saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi Peningkatan (Score) yang dinilai SME Corp meletakkan kami dalam kategori PKS dua bintang sahaja namun kini kami telah dikategorikan sebagai PKS empat bintang yang sudah boleh meneroka pasaran antarabangsa," katanya.
Penarafan Score adalah penanda aras SME Corp yang memberi penarafan bintang untuk menunjukkan tahap prestasi PKS berdasarkan tujuh kriteria penilaian iaitu kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan dan penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Sejak ditubuhkan pada 1985, Muslim Food Industries mempunyai 60 pekerja tetap dan kesemua mereka adalah anak tempatan.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.