KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd yang baru-baru ini digantung perkhidmatannya, masih berharap untuk mendapatkan bantuan 'sayap' baharu iaitu pelabur berpotensi bagi membolehkannya mengatasi kemelut dan kembali beroperasi.
Pada 12 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu patah sayap apabila tidak mampu meneruskan operasi atas alasan "menghadapi cabaran kewangan yang serius."
Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak menggantung lesen syarikat itu dan pada masa sama melancarkan siasatan membabitkan penggubahan wang haram terhadap individu-individu yang ada kaitan dengan MYAirline.
"Kami benar-benar berharap dapat menyelamatkan MYAirline kerana masih perlu membayar gaji serta bayaran balik kepada penumpang.
"Lebih penting lagi, MYAirline adalah satu produk yang bagus dan kami sedar telah mencatat pencapaian berbeza di pasaran," kata Pengarah merangkap Eksekutif Bertanggungjawab MYAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman kepada Bernama.
Beliau optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela selain membuat bayaran balik kepada 117,000 penumpang yang terjejas.
"Daripada 15 pelabur yang berpotensi, dua kini di peringkat rundingan lebih lanjut. Pelabur-pelabur ini merupakan syarikat aeroangkasa berpangkalan di luar negara serta terbabit dalam operasi perniagaan lain di Malaysia.
"Tiada satu pun daripada pelabur berpotensi serta dua yang di peringkat akhir rundingan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana penggiat tempatan," katanya.
Jelas beliau, sebaik halangan itu dapat diatasi, tumpuan akan diberikan kepada usaha menyambung semula perkhidmatan dan membuat bayaran balik kepada penumpang terjejas.
"Proses bagi menyambung semula operasi itu akan memakan masa beberapa bulan kerana pemeriksaan terhadap pesawat perlu dibuat selain menyelesaikan isu berkaitan lesen," katanya.
Untuk rekod, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah bertindak menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline pada 1 November lepas.
Mavcom turut menegaskan bahawa MYAirline bertanggungjawab untuk membayar balik penumpang yang terjejas sebagaimana ditetapkan mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016, walaupun lesen berkenaan telah digantung.
Biarpun berdepan kesukaran isu terbabit, Azharuddin menegaskan bahawa tugas yang perlu ditangani adalah jelas.
"Saya dan pasukan sedang berusaha gigih untuk memastikan kami berupaya mendapat pelabur baharu untuk MYAirline.
"Di sebalik keadaan yang dihadapi ini, kami terus menerima pesanan daripada penumpang serta pihak berkepentingan yang mengharapkan agar kami dapat beroperasi semula. Ini memadai sebagai penguat semangat untuk memastikan kami dapat mencapai matlamat itu," katanya.
Terlalu awal untuk gagal
Azharuddin turut mengakui faktor-faktor seperti gabungan kos tinggi, kemerosotan modal serta pelan pengembangan yang agresif menjadi antara sebab yang membawa kepada nasib dialami syarikat penerbangan itu.
Harapan untuk melihat MYAirline mampu terbang semula, berakhir selepas usaha memuktamadkan perjanjian dengan satu pelabur berpotensi bertukar buntu di saat-saat akhir pada 11 Oktober lepas.
"Kami tahu perlu mendarat, tetapi tidaklah menyangka pendaratan itu sebegitu sukar," katanya ketika berkongsi analogi syarikat itu ibarat sebuah pesawat yang dalam proses mendarat.
Lebih-lebih lagi, faktor beban muatan bukanlah isu utama bagi MYAirline.
Sejak memulakan penerbangan sulung pada 1 Dis, 2022, MYAirline mencatatkan faktor muatan pada purata 91 peratus selain menerbangkan lapan pesawat Airbus A320-200 sehingga 12 Oktober lepas dengan prestasi ketepatan masanya melebihi 90 peratus.
Mengorak langkah dengan hanya dua pesawat, ia mempunyai kekuatan sembilan pesawat dalam tempoh operasi selama 11 bulan.
Sewaktu operasinya digantung, MYAirline menerima kehadiran pesawat ke-10 dan ke-11 selain mempunyai barisan juruterbang dan pembantu juruterbang yang mencukupi bagi mengendalikan kesemua pesawat berkenaan.
Apakah mudah memulakan perniagaan syarikat penerbangan?
Azharuddin sebelum ini merupakan pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, berkata undang-undang menetapkan bahawa syarikat penerbangan boleh mula beroperasi dengan minimum dua pesawat.
Mengikut Arahan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 6004 -- syarat pengeluaran dan pembaharuan Sijil Pengendali Udara (AOC) bagi satu-satu kumpulan atau armada perlu merangkumi sekurang-kurangnya dua pesawat atau helikopter untuk operasi berjadual.
Bagaimanapun, spesifikasi itu boleh dikurangkan kepada satu pesawat atau helikopter bagi operasi bukan jadual.
Beliau berkata, bagi mendapatkan satu AOC antara lainnya memerlukan kumpulan pesawat itu mengandungi pesawat yang berdaftar di Malaysia selain jenis pesawat, kakitangan berkelayakan yang mencukupi, destinasi penerbangan dan saiz modal dengan dokumentasi yang sewajarnya.
Realiti di sebalik persaingan sihat
Sementara itu, Ketua Penganalisis Pusat Penerbangan Asia Pasifik, Adrian Schofield pula menyifatkan persaingan terlalu sengit atau berlebihan boleh melemahkan kedudukan syarikat penerbangan selain mengancam aspek daya maju -- realiti yang sebaliknya tidak sihat untuk penumpang, industri penerbangan atau pun ekonomi negara.
"Malaysia misalnya mempunyai bilangan syarikat penerbangan yang bagus dengan tawaran jumlah jaringan antarabangsa yang meluas. Pada masa sama, ini memberi pilihan baik untuk penumpang bagi syarikat penerbangan dengan perkhidmatan sepenuhnya dan penerbangan tambang rendah dengan banyak pilihan menerusi syarikat penerbangan yang berpangkalan di luar negara.
"Berikutan itu, sukar sebenarnya untuk melihat keperluan sebenar bagi penambahan syarikat penerbangan di Malaysia," katanya.
Beliau berkata, ini disukarkan lagi dengan syarikat penerbangan Malaysia berdepan isu kenaikan harga bahan api, inflasi serta kadar tukaran mata wang asing yang tidak menarik.
Justeru, peningkatan permintaan dan pendapatan dapat membantu mengimbangi cabaran ini dengan banyak syarikat penerbangan berupaya mengurangkan kos menerusi usaha penstrukturan semula sewaktu tempoh pandemik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023
![MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699395021_MYAirline.jpg)
Pada 12 Okt lalu, MYAirline tidak mampu meneruskan operasi kerana "cabaran kewangan yang serius" dan pada 1 Nov lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia menggantung Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline. - Gambar fail BERNAMA
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.