KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda sebanyak RM10.3 juta terhadap Dagang Net Technologies Sdn Bhd kerana telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.
MyCC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan mendapati Dagang Net telah melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga dengan pembekal perisian National Single Window (NSW) dari Oktober 2015 hingga November 2017.
"Perlakuan antipersaingan Dagang Net telah mengganggu persaingan dalam pasaran kerana menghalang perusahaan lain daripada menyediakan perkhidmatan serupa kepada pengguna akhir dalam sistem uCustoms yang sedang dibangunkan," menurut kenyataan itu.
Dagang Net, anak syarikat Dagang NeXchange Berhad merupakan penyedia perkhidmatan tunggal dalam penyediaan perkhidmatan fasilitasi perdagangan dalam talian bagi Sistem Maklumat Kastam di bawah NSW.
NSW adalah ekosistem berasaskan elektronik yang membolehkan dokumen dan transaksi yang berkaitan dengan urusan perkastaman dipindahkan secara elektronik antara komuniti perdagangan dan pihak pengawal selia di Malaysia melalui titik masuk tunggal.
MyCC telah memutuskan bahawa pengenaan klausa eksklusif merupakan penyalahgunaan kedudukan dominan Dagang Net di pasaran yang relevan, mengganggu atau menyekat persaingan dalam kalangan pesaing untuk memasuki pasaran uCustoms.
Menurut MyCC, Dagang Net turut diarahkan untuk menghentikan penglibatannya dalam perjanjian eksklusif pada masa hadapan yang boleh menghalang persaingan dalam penyediaan perkhidmatan fasilitasi perdagangan.
"MyCC juga mengarahkan agar pengarah-pengarah dan pihak pengurusan Dagang Net untuk mengikuti latihan pematuhan undang-undang persaingan atas kos mereka sendiri," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Pengerusi MyCC Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menegaskan pemberian konsesi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan.
"Walaupun perkara ini boleh mengakibatkan kewujudan monopoli secara langsung atau tidak langsung, MyCC tidak akan sesekali bertoleransi sekiranya monopoli tersebut menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perlakuan antipersaingan," katanya.
Beliau memberi amaran bahawa MyCC akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana monopoli yang mensabotaj ekonomi Malaysia.
Keputusan bagi kes ini akan dipaparkan untuk tatapan umum melalui laman web www.mycc.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Siasatan mendapati Dagang Net telah melanggar Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010 setelah mengenakan klausa eksklusif dalam urus niaga dengan pembekal perisian. - Foto MyCC

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.

Amaran buat kartel harga diesel, anda sedang diperhatikan! - MyCC
MyCC beri amaran kepada semua pemilik perniagaan jangan sesekali membuat pencatutan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat.

Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.

Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.

Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
![[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir [KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687926483_Bekalangula.jpg)
[KOLUMNIS] Monopoli gula: Jangan hanya tanam tebu di tepi bibir
Penghapusan monopoli gula di pasaran Malaysia adalah langkah yang penting bagi mewujudkan persaingan yang sihat dan menjamin bekalan gula yang mencukupi pada harga yang berpatutan.

MyCC cadang penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta terhadap FFM Bhd
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah mencadangkan untuk mengenakan penalti kewangan sebanyak RM46.36 juta ke atas FFM Bhd, anak syarikat 80 peratus PPB Group Bhd berikutan penemuan mengenai da

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Penggabungan syarikat telekomunikasi di luar bidang kuasa MyCC
Segala aktiviti perkhidmatan telekomunikasi di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).